Monday, 21 December 2009

Happy 1st Birthday

Photo source. Thank you.

Memang saya subscribe Blogspot ni bulan Oktober 2008 tapi saya mula menulis pada tarikh ini setahun yang lalu. Dah setahun usia blog saya. Kalau manusia tu, baru pandai bertatih kot atau baru nak belajar bercakap. Air liur pun mula menjejeh je sebab baru nak tumbuh gigi susu. Perjalanan usia sangat panjang lagi andai Allah mahu memanjangkannya. Saya percaya bukan saya seorang je yang ada blog. Beribu-ribu orang ada. Itu di Malaysia saja. Betapa canggihnya sekarang. Saya bermula di dunia tanpa sempadan ini berbelas-belas tahun yang lalu. Bermula dengan Jurnal, Blogdrive, Yahoo Blog dan kemudiannya Blogspot. Setiap web ini menawarkan perkhidmatan yang berbeza. Bermula dari yang sangat simple seperti Jurnal hinggalah ke Blogspot yang menawarkan berbagai-bagai gadget untuk penambahan accessories yang boleh "ditampal" menjadikan page itu sangat "berat" bagi setiap pengunjung bila membukanya seperti blog saya.

Di sinilah tempat saya menulis segala macam benda yang saya nak tulis. Dulu, bila kepala ni terasa nak tulis sesuatu, habis entah mana-mana kertas saya conteng. Lepas dah conteng, saya berasa sangat lega. Sekarang kertas dah ada pengganti. Tapi saya masih tak lupakan kertas. Sentiasa saya bawa kemana-mana bila tiba-tiba saya teringat atau tak sabar-sabar nak tulis sesuatu walau kat mana pun saya berada kecuali di dalam tandas.

Akhir kalam - wahhh....macam bagi taklimat langkah-langkah-keselamatan-oleh-pihak-bomba je gayanya - semoga saya masih terus istiqomah di sini :-)

eL

5 comments:

Solehah Muhammad said...

Slmt ulang tahun! Keep writing k.el! Tkadang tulisan kta mjd inspirasi org lain (^.^)

Lan Bingka said...

happy anniversary!

endiem said...

Tahniah..

nohas said...

Happy Anniversary..dgn kek biru lagi..dah baca your blogdrive..

eL said...

Solehah: Terima kasih. Solehah juga teruskan menulis ya.

Lan/Endiem: Terima kasih :-)

Nohas: Terima kasih. Kek tu sebab saya suka sangat warna aqua :-) Aduhh...baca blog tu ke? Malunyaaaa...entah apa yang saya merepekkan kat situ.