Wednesday, 28 October 2009

Jambatan Suspens?

Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu tidak akan sama dengan nyawa yang hilang. Andai diganti dengan nyawa sekali pun, ia tetap tidak akan sama.

Selepas ini ibu bapa akan lebih takut lagi untuk membenar anak-anak menyertai mana-mana kem. Padahal kem-kem ini membawa banyak kebaikan.

Ini bukan masa untuk menuding jari kepada sesiapa.

Takziah kepada keluarga kanak-kanak yang mati lemas di Kuala Dipang.

Gloss: Stesen LRT Terminal Putra nak tunggu kejadian yang tidak diingini berlaku barulah mereka hendak pasang semua lampu di sekitar stesen. Yang peliknya, waktu hujan semua lampu di padam. Waktu tak hujan semua lampu dipasang. Apa bezanya? Apa salahnya pasang lampu setiap malam? Setakat pasang bumbung untuk pejalan kaki tidak bermakna kalau berjalan di dalam keadaan gelap. Lampu ada tapi tak pasang. Untuk apa lampu tu? Nak berjimat kena tengok tempat. Kalau berlaku apa-apa baru nak pasang semua lampu setiap malam. Dah terantuk baru nak terngadah. Saya belum menghantar sebarang komplen ke pejabat LRT Putra.

4 comments:

nohas said...

Saya pun 'fobia' juga kalau naik jambatan gantung kat mana2 pun, macam tak selamat je..memang ada yg suka mengenjut, nak mengusik le tu..rasa mcm nak sepak je..

endiem said...

kata orang, beringat sebelum kena..bila dah kena baru nak ingat..

Lan Bingka said...

tempat terang pun macam2 boleh jadi, inikan pula tempat gelap..~bahaya

eL said...

Nohas: Ayat "rasa macam nak sepak je" tu paling best hehehehe

Endiem: Bukan kata rakyat Malaysia je macam tu, manusia kat mana-mana pun macam tu kan. Tu pasal la ada peribahasa tu.

Lan: Sangat betul. Berdegar-degar kempen Social Responsibility, tapi benda kecil-kecil macam tu yang kadang-kadang orang terlepas pandang. Diorang ni, tak jadi kat diri sendiri atau keluarga sendiri, diorang tak akan buka mata.