Thursday, 1 October 2009

Gegar

Lorrr....dekat jugak dengan Malaysia rupanya. Siapa yang cakap jauh tadi? Eh...betul ke Samoa yang dikatakan tu adalah Samoa yang ini? Confuse. Salahkan confuse, padahal Geografi out.

Lebih kurang jam 6:20 pm semalam:

Saya: Ko kat mana?
McNa: Aku kat ofis ni. Nak turun dah ni.
Saya: Eh kenapa ko macam cemas je ni?
McNa: Ofis aku ni bergegar. Ramai orang dah nak turun ni.
Saya: Hah? Aku tak rasa pun.

Ketika itu saya baru saja turun dari pejabat hendak pulang ke rumah. Dalam hati berkata-kata, betul ke apa McNa cakap ni. Takkanlah McNa nak tipu keadaan macam tu. Kenapa saya tak rasa? Takkanlah tsunami di Samoa gegarnya sampai ke sini. Samoa tu kat mana pula ye? Rasanya macam jauh je. Google google.

Sepanjang perjalanan ke LRT KLCC saya nampak ramai sangat orang turun dari bangunan pejabat masing-masing sambil dongak ke atas. Saya pun dongak juga. Lepas tu buat muka pelik. Apa yang diorang tengok ni? Tiba-tiba dapat sms dari The Star mengatakan ada gegaran di Sumatra. Oh.

Rupanya gegaran itu berlaku betul-betul selepas saya turun. Katanya, lif pejabat saya penuh dan ada yang turun melalui tangga sejurus selepas saya turun. Katanya, jalan penuh sesak di sekitar pejabat saya, betul-betul selepas saya meninggalkan kawasan pejabat. Katanya, parking lot pejabat saya panjang berjela sejurus selepas saya keluar dari bangunan. Bermakna, saya tidak dapat melihat kehuruharaan (DBP lulus tak guna perkataan ni?) kejadian semalam. Hari ini semua cerita pasal gegaran. Hilang cerita pasal raya.

Nasib baik sistem LRT tiada masalah. Ini yang paling penting.

3 comments:

endiem said...

kat kuantan tak rasa gegar..

Lan Bingka said...

macam mana leh dapat sms dari The Star ek? hmm..

eL said...

Endiem: kat tempat orang baik2 memang tak rasa.

Lan: subscribe thru sms. Diorang akan sms updated news everyday. Saya lupa macam mana. Cuba tgk Star Online kalau2 ada. Saya dulu nampak advert dia kat stesen monorel.