Tuesday, 24 November 2009

Payung

Memang kena benarlah dengan saya akan kata-kata Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud: “…boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

Secara automatik payung akan menjadi sahabat baik kita bila tiba musim tengkujuh macam sekarang ni. Bagi yang parkir kereta di tempat berbumbung di pejabat dan di rumah yang langsung tidak memerlukan payung dan tidak kena setitis hujan, sila abaikan entri ini.

Dulu, sebelum saya memiliki sebatang payung idaman (saya lupalah penjodoh bilangan untuk payung. Oh ya, SEKAKI payung), saya selalu mengimpikan sekaki payung bersaiz biasa yang kita selalu tengok orang pakai tu, tetapi ia hanya perlu memicit butang yang berfungsi secara automatik apabila kita hendak kembangkannya. Spesifikasi sebegini adalah untuk memudahkan saya membawa payung tersebut ke hulu ke hilir di dalam beg tangan saya. Tapi payung yang biasa tu, manalah ada yang automatik. Jarang sangat kita jumpa. Kalau ada pun, dia panjang sedikit dari payung biasa tu. Tak muat pula beg saya. Selalunya payung automatik tu payung yang panjang kan dan besar kan? Lagilah tak muat beg. Tak kira. Nak juga payung impian tu.

Entah apa-apa dia ni cerita pasal payung. Macam tak ada benda lain nak tulis.

Entah berapa lama saya simpan impian untuk dapatkan payung tersebut. Syukur pada Allah kerana dimakbulkan impian saya melalui Mercato Pavilion. Saya sangat teruja kerana telah berjumpa payung impian. Mula-mula hendak menggunakannya, saya tidak merasakan sebarang masalah. Lama kelamaan saya dan payung itu sangat sinonim dengan Ayat 216 itu. Ketika saya berada 200 meter dari bangunan pejabat saya, hujan turun dengan tidak semena-mena. Kelam kabut saya hendak membuka payung yang berada di dalam beg. Itu ok lagi. Semasa saya hendak picit butang payung, payung itu terpelanting/tercampak ke tepi jalan. Nasib baik ke tepi jalan. Kalau ke tengah jalan? Dah tak peduli pasal malu. Kutiplah payung tu nak taknak.

Itu cerita pasal tercampak. Belum lagi cerita pasal punat butangnya yang tajam sehingga boleh mencederakan tangan.

Itulah. Tak semestinya yang kita nak sangat tu baik untuk kita. Nasib baiklah payung impian saya BUKAN payung pasar malam. Kalau tidak.........

4 comments:

endiem said...

dapat payung free jika renew insuran kereta

eL said...

Endiem: Patutlah bukan insurans kereta saya tak dapat payung, premium insurans lain tak semahal insurans kereta kot :-)

Fatin said...

kiranya skrg, payung cemana pula jadi payung idaman kak el? :D

eL said...

Fatin: Dah tak idam-idam dah. Pakai je yang ada tu :-)