Saya sebenarnya hairan, kenapa selama ni saya pergi ke Pesta Buku tak adalah sampai saya tak bawa balik apa-apa. Tak adalah saya perlukan tangki oksigen untuk bernafas. Tak adalah saya perlu redah orang pakai langgar je. Tak adalah saya tak jumpa pintu keluar. Tak adalah saya berpeluh-peluh sampai habis sebungkus tisu.
Rupanya selama ni saya ke Pesta Buku sama ada saya ambil cuti atau saya pergi lepas kerja. Patutlah lengang dan berlenggang je saya berjalan hinggakan semua orang kat gerai kat situ tengok saya atas bawah macam dalam cerita Pretty Woman. malu wehhhh
Saya dah serik. Saya tak mahu lagi ke Pesta Buku pada hari minggu(!) Macam tu rupanya Pesta Buku masa hari minggu. Tak pernah pulak saya tahu. Dah la hari terkahir. Baru saya faham apa Nohas maksudkan.
Gloss: Nasib baik ibu bapa saya tak mahu ikut ke Pesta Buku. Kalau tidak, mesti saya kena marah dengan abah....hikssss~~~~ rileks la abah....
Gloss II: Kesian Alya. Macam terpenyek je dia kat tengah-tengah orang ramai yang sendat tu.
Gloss III: Siap bawak Bintang-bintang Ke Syurga untuk penulisnya tandatangan tapi musnah harapan :-) Tahun depan ye Xarine.


8 comments:
salam kak, nape tak pi jumpa saya kak? ke tak jumpa? ke saya tak ada? aduh mcm mana ni. PB selangor nnt boleh jumpa kot.
sayang lah xjumpa.
Khairi: Wa'alaikumussalam. Akak memang dah sampai sana tapi sebab sesaknya mengalahkan sardin, akak terpaksa balik dengan tangan kosong. Memang betul-betul kosong tangan ni. Yang dapatnya ada la sehelai dua pamphlet. Akak tau awak mesti ada kat situ sebab awak kata awak kat situ dari jam 10am - 2pm kan. Akak sampai situ kul 11 lebih. Kesian kat si kecik tu terpenyek tengah-tengah orang yang besar-besar. Takkan nak dukung dia pulak, berpuluh-puluh kilo beratnya. Insya-Allah tahun depan la ye. Selangor tu tersangatlah jauhnya (kalau jalan kaki hikss~~)
x penah pegi..teringin sgt..jom gi tahun depan... kalo ada lagi la!!
Kak Hai: Next year datang ye. Kita plan dari sekarang. Hoh...bukan main nak plan-plan.
Saya tak gi, hari-hari terakhir memang sesak giler, lagipun hari sabtu kena kerja..
Beli buku kat MPH, hehe...
Nohas: Masa saya lalu booth Ana Muslim (sebab si kecik minat Ana Muslim), saya tengok ada harga barang/buku tu cuma kurang 90sen. Adik saya cakap, kalau kurang setakat 2,3 ringgit baiklah pergi ke kedai dia kat Wangsa Melawati tu hehehe. Serik dah saya. Beli je lah buku kat MPH. Jadi member dapat less 20%.
tahun depan cuba lagi..
Lan: Insya-Allah tahun depan. Ambik cuti beramai-ramai.
Post a Comment