Monday, 22 March 2010

Mari Membebel

Satu permulaan tahun yang kurang baik untuk blog ini. Kesian kat dia. Jarang saya bagi makan. Asyik saya je yang makan untuk perut saya. Sekolah cuti, blog ni pun macam cuti juga. Seronok dia dapat cuti agaknya. Kalaulah dia boleh bercakap, hendak juga saya tanya dia.

Mesti blog-blog lain cerita tentang pesta buku. Saya belum ke pesta buku lagi. Niat hati konon-kononnya nak jumpa Xarine. Nak bawa novel Bintang-bintang ke Syurga untuk dia tandatangan dan dapatkan novel barunya. Belum berkesempatan ya Xarine. Tuan ini sudah saya kenal secara maya bertahun-tahun dulu tetapi tak sangka berjumpa di alam maya juga tetapi dalam bentuk yang lain.

Saya baru habis baca novel aA+bB karya Hlovate. Dalam hati saya, tinggal lagi satu karya Hlovate yang belum saya baca iaitu Ked’s Story dalam novel Pelangi. Betapa seronoknya sebab akhirnya habis juga karya-karya dia saya baca. Tapi…ooopss…bila saya dapatkan novel Pelangi semalam, rupanya belum habis lagi karya Hlovate yang saya perlu baca iaitu Versus. Duhh!!! Mana pula saya nak cari ni? Semalam ke MPH tak ada pula novel tu. Mungkin di pesta buku ada? Ada tak Ayong? Ayong bertugas lagi di pesta buku kali ni?

Cuti sekolah. Mengalahkan budak sekolah yang bercuti. Saya pun sibuk nak bercuti juga. Tempat biasa je. Cherating. Saya tak pernah ke sini walaupun saya lahir di negeri ini. Buat malu je kan. Melayan Alya yang memang pantang nampak air. Pantai kurang orang tapi air taklah sebiru atau seaqua atau sehijau yang kita bayangkan. Tapi angin laut? Memang boleh buat kita tak mahu balik. Rugi pergi laut untuk orang yang tak pandai berenang macam saya. Dapat tengok je la. Tak dapat mandi. Lagipun malulah nak mandi.

Saya memang takut dengan air banyak-banyak ni. Tasik, laut, sungai, banjir apatah lagi tsunami, memang saya takut. Mungkin sebab saya pernah lemas dalam kolam kanak-kanak 8 tahun lepas membuat saya sangat takut dengan air yang banyak. Air dalam baldi tak takut la. Haaa....gelak....gelak.

10 comments:

Lan Bingka said...

sama la ngan saya..duk kl tapi tak penah gi menara kl...dush

Khairi Mohd said...

ehem, dah lama kenal, dalam bentuk kubakoya ek. dalam bentuk xarine blom lagi hehe. wiken ni pergi la kak. boleh jumpa mesra2 gitu.

eL said...

Lan: Samalah kita. Baru dapat pergi tahun lepas, tu pun ofis buat function kat sana. Kalau tak, memang tengok je la walaupun dekat sangat dengan ofis saya.

Khairi: Huiiii...kubakoya tu gila cheeky dulu. Memang opposite lah dengan Xarine.

nohas said...

Saya pun tak gi lagi pesta buku walaupun cuma 3-station away from my house.

Beli juga buku Bintang-Bintang ke Syurga tu, tapi tak habis baca. Entahlah.

eL said...

Nohas: Jom pergi sabtu ni nak tak? Calling calling lah. Nak mintak email add ni :-)

Nohas tau kan, si Khairi tu la penulis BBKS.

Khairi, kak el promote awak ni hikss~~~

nohas said...

Oh ya ke..balik ni nak baca sampai habislah..

My email add: nhdarus@gmail.com

Frankly speaking, saya ni malas sikit nak mengharungi lautan manusia, hari Sabtu, InsyaAllah.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

huhu..x sngka akak tergt jgk kt kt erk..huhuhu terharu la...taun ni kt x keje kt pesta buku...bnyak class la kak..pesta buku pn x jejak kaki lg...kalo akk nk pg ari sabtu ni bgtau la erk..mntau blh jumpa...iAllah

p/s:akk dh bc buku Hlovate 5 thun 5 bln, ngn Tunas..sambungan Aa+Bb?

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

huhu..x sngka akak tergt jgk kt kt erk..huhuhu terharu la...taun ni kt x keje kt pesta buku...bnyak class la kak..pesta buku pn x jejak kaki lg...kalo akk nk pg ari sabtu ni bgtau la erk..mntau blh jumpa...iAllah

p/s:akk dh bc buku Hlovate 5 thun 5 bln, ngn Tunas..sambungan Aa+Bb?

eL said...

Ayong/Nohas: Kalau jadi nak pegi hari sabtu, sms saya ye.

Ayong: Selalu teringat kat Ayong. Novel Hlovate 5 thn 5 bln, novel kedua akak baca selepas Shubert's Serenade (Gurindam Jiwa). Tunas novel kedua terakhir akak baca. Baru je abis baca Ked's Story (Pelangi). Tinggal Versus je belum baca. Katanya novel baru.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

wa...akak..ari sabtuni kt ade kem solat la plak...huhuhu