Dilema orang tak pernah masuk dapur dulu-dulu:
- Wehhh...keras gila kepala ikan sepat ni. Susahnya nak siang.
Dilema tinggal sebelah masjid:
- Takkan tengok je orang pergi tarawih. Tak reti-reti.
Dilema orang modified kereta:
- Rugi kalau modified kereta tapi bawak macam siput. Modified bukan kasi laju. Harap bunyi je kebabom.
Dilema beli kuih kat pasar ramadan:
- Mula-mula letak tepung pelita dalam bekas polisterin dengan lemah gemalainya elok je tersusun. Sampai rumah, bukan setakat tepung, dengan pelita-pelita sekali terbarai.
Dilema orang balik kampung:
- Kakak, kalau pergi pekan sari, kirim asam keping RM5 ye.
p/s: gila jauh kirim asam keping....dari KL ke Temerloh.
Dilema orang tak pernah minum air katira:
- Nampak sedapnya lah air katira tu. Kaler feveret lagi. Apa la rasanya. Nak beli, Pak Teh dah kasi signal geleng-geleng kepala....isskkk.
p/s: Pasar ramadan Kg Awah, Chenor. Pecah rekod. Akhirnya pergi jugak ke pasar ramadan.
Dilema dapat bapa saudara yang laju macam kilat:
- Kakak, jom balik Pahang. Siap la cepat. Pak Teh datang dalam 10-15 minit lagi.
p/s: Dalam kepala orang yang di hujung talian sana: Adoyaiii..........kita ni baru lepas basuh kain, kemas rumah(!)
Dilema hantu ikan patin:
- Kakak, habiskanlah ikan patin tu. Orang tu buat cair sikit.
p/s: Dah la suruh aku habiskan, lepas tu bagi komen macam tak sedap pulak. Yang tak sedap tu la disuruhnya jadi DBKL kasi perabih.

3 comments:
Dilema buah dilema..
- rasa sedap..tapi tak puas...huhu
Dilema penulis Blog..
- Penat aku tulis pnjang, tapi sorangpun x mao komen..
p/s - hahahahaa...dilema sgguh ayat aku tuh.
belum jejak kaki ke pasar ramadan lagi tahun ni..;)
Yus: Hehe...jangan kecewa takde orang komen. Yang penting, kita menulis dari hati. Jangan mengharap sangat. Menulis dari hati, akan keluar semua yang ikhlas tanpa sekatan. Kalau harap orang komen, memang akan rasa kecewa. Tulis apa yang kita rasa kita suka tulis bukan apa yang orang suka baca. It's our blog after all. Tak kiralah dalam sehari berpuluh-puluh entry pun kita buat. Kalau kita mengharap, tu yang buat kita demotivate nak tulis tu. Percayalah, dalam sejuta manusia, sekurang-kurangnya ada beberapa orang yang suka baca blog Yus. Mark my words.
Lan: Saya dah pecah rekod kat Pahang. KL belum lagi. Esok lusa kot. Peti ais dah nak kosong.
Post a Comment