Tuesday, 29 September 2009

Yang....

Yang best sebelum raya
Tak sangka pulak bos nak bagi duit raya. RM100. Duit juga kan. Tapi dalamnya terselit sehelai kertas. Saya rasa kalau saya tak cakap pun, anda semua tahu apa yang dia tulis :-) Tak apa bos. Saya dah maafkan. Lama dah hehehehe tahun depan duit rayanya berganda ye boss

Yang rasa nak jadi Incredible Hulk sebelum raya
Boleh pulak tak ada air. Buatnya air tak ada sampai ke senja, pukul berapa pulak nak masak berbuka ni? Nak beli malasnyalah nak keluar. Tak apa tak apa. Kita tengok pada tahap kecemasan. Call SYABAS lah tanya apa masalahnya. Cik call dari mana? Dari blok XX. Nama Cik siapa? Arisa Hamada. Macam ni Cik, ada paip pecah dekat blok A6. Kami sedang baiki. Pukul berapa boleh ada air balik tu? Dalam pukul 3. Memang syabaslah SYABAS ni buat kerja. Yang paip tu pandai pulak dia pecah dekat-dekat nak raya. Nak kata mogok nak kena sembelih buat lauk raya, rasanya tak ada pulak orang nak buat rendang batang paip kan? Badan makcik dah nak hijau sikit-sikit masa tu.

Yang sakit telinga semasa raya
“Kak, daging ni awak masak apa? Apa nama masakan ni. Awak masak macam mana? Semalam awak masak spaghetti ke. Bau dia macam kuah spaghetti”. Wohhh…tak macam rupa rendang ke daging tu? Aduhhhh…..penat tau makcik ni masak start dari petang sampai ke malam. Masa dah siap masak tu, kepala makcik terangguk-angguk je menandakan “ya…akhirnya jadi jugak rendang aku”. Sambil tersenyum-senyum. Kuah spaghetti? Macam tak jadi je rendang tu bila mak tanya macam tu. Sedih tau.

Yang geram semasa raya
Dua pupu saya sebelah mak, hulur duit raya kat Alya. Tau apa dia cakap? “Laaaaa…seringgit je?”. Ya Allah, rasa nak robek-robek je mulut dia. Saya jangan cakaplah. Malu sangat-sangat. Siapalah ajar mulut jadi laser tak agak-agak. Tapi bila difikir-fikirkan balik, nak tergelak pun ada. Ni off-topic sikit. Semalam saya call dia tanya dia tengah buat apa. Dia cakap dia tengah tengok kartun. Saya cakap kat dia dah besar-besar pun tengok kartun lagi. Dia jawab apa tau, alahhh…semua orang pun buat macam tu. Rasa nak cili je mulut tu.

Yang boring semasa raya
Bapa-bapa saudara – diulangi bapa-bapa saudara ya sebab ibu-ibu saudara ni buat macam “Aiman tak kisah” – kalau dah menyinggah rumah bapa-bapa saudara mereka pula, macam tak ingat yang kita ni ada berpuluh-puluh buah rumah lagi nak beraya dalam masa yang terhad ni. Dah ada berpuluh-puluh bapa saudara, kenalah singgah kejap-kejap. Ni siap ada yang sempat buat peta dunia versi baru.

Yang tak dapat rasa semasa raya
Lemang. Kenapa, saya pun tak tahu. Padahal ada je lemang kat kampung tu. Mungkin sebab saya ikat kontrak seumur hidup basuh pinggan, buatkan saya penat dan hilang selera makan. Basuh pinggan bukan sikit-sikit. Banyak sebab kami buat tahlil sekali. Saya dah terbayang-bayang lemang yang dijual kat Jusco. Tak ada kat Jusco, kat The Mall pun ada. Ahhh…tak kira. Nak jugak.

Yang rasa serik nak balik kampung beraya
Bersiapnya mengalahkan perempuan. Bersembangnya mengalahkan macam tiada esok bagimu. Kenalah tunggu dia balik baru boleh bergerak nak balik kampung. Suka sangat bergerak tak ikut plan. Suka sangat balik bila jalan mula beratur macam semut. Adoiiiii lah abah......

Yang tenteram semasa raya
Balik kampung yang penuh dengan pokok-pokok hijau, rasa damai. Terutama kat Mela. Rasa nak tinggal menetap kat kampung. Tapi mak dah warning awal-awal. Tak kasi. Kalau ikutkan hati saya, lepas je balik Temerloh, saya nak pecut ke Mela semula tapi semua orang dah buat muka eh-dia-ni-taknak-kerja-ke-esok? kat saya.

5 comments:

Lan Bingka said...

saya pun ada tahlil pada malam raya ketiga. tugas biasa - basuh pinggan

hai said...

ehem!!mesti ada yang istimewa kat mela....rasanya bukan pokok2 yang menghijau je tu.....

endiem said...

yang tinggal kosong lepas raya..poket.

eL said...

Lan: Kalau basuh ramai-ramai, meriah la sikit tapi kerja jadi lambat sebab banyak bunyi. Basuh sorang-sorang, sakit pinggang. Nak buat macam mana. Dah kontrak seumur hidup.

Kak Hai: Kalau la ye, memang dah buat dah. Masalahnya tak la tu, tu yang balik KL jugak hahahaha...jawapan macam gedik je.

eL said...

Endiem: Peket raya pun banyak yang kena kosongkan balik hehehe.