Wednesday, 10 June 2009

Alert Level From 5 to 6

Selalunya orang akan menulis berita yang baru keluar dari oven dan masih 'panas' tapi saya baru nak tulis. Sebabnya? Sebab saya semakin risau apabila telefon bimbit saya menghantar berita ini:

10/6 Two more influenza A(H1N1) cases confirmed, An American student and a New Zealander; total cases rise to nine: Health DG/STAR

Seawal pagi saya menerima siaraya ini melalui email daripada Group Pandemic Committee syarikat saya yang berada di negara di mana Roosevelt pernah menjadi Presidennya:

With the continued spread of H1N1 infections (Swine flu), the World Health Organisation (WHO) is moving closer to raising the alert level from 5 to 6, the highest level, so declaring a pandemic. We continue to monitor the situation and maintain a flexible approach depending on individual country circumstances and local Government and Health Authority requirements.

Ketika negara saya dilanda wabak ini yang jangkitannya dimulai oleh seorang yang berusia awal 20-an, saya sudah mula risau. Saya, anda dan anda adalah orang yang berpotensi untuk dijangkiti walau setinggi mana tahap kebersihan yang kita jaga. Kalau nak kena tu, tak kira siapa, di mana dan bila.

Syarikat saya sendiri, sejak mula sudah mengadakan sesi latihan Infection Control, demonstrasi bagaimana menggunakan Personal Protection Equipment dan mengedarkannya ke setiap jabatan. Wabak ini menyebabkan terlantiknya tak sengaja agaknya penulis entry ini sebagai flu handler aaarrrggghhhhhh.....tensionnyaaaa.

Belum sempat negara saya diisytiharkan bebas wabak ini, seorang lagi terpalit. Sehinggakan jumlahnya hampir menyamai jari kedua-dua belah tangan saya. Mereka tidak minta dijangkiti. Bila agaknya warga negara saya boleh menarik nafas lega. Bila agaknya negara saya boleh diisytiharkan bebas wabak ini.

Saya ada sebab untuk risau.

2 comments:

Lan Bingka said...

risau gak..
ikut nasib la kan..
harap selamat..

eL said...

Dah 11 orang kat Malaysia. Hong Kong dah tutup sekolah rendah dan tadika.