Monday, 29 June 2009

Bidadari-bidadari Syurga

Saya kira ini kulit novel versi Indonesia.

Ini kulit novel yang sama, versi Malaysia. Saya baca yang ini.


Saya tidak mahu review panjang novel ini. Apa yang boleh saya katakan, 70% novel ini adalah salinan diri saya sendiri. Kisah pengorbanan seorang kakak - anak sulung - terhadap ibu dan adik-adiknya. Bohong kalau saya katakan saya tidak berderai airmata membaca novel ini. Ini adalah novel ketiga tulisan Tere-Liye yang saya baca.


Di akhir novel, tercatat Epilog ini:


Dengarlah khabar bahagia ini.

Wahai wanita-wanita yang hingga usia tiga puluh, empat puluh, atau lebih daripada itu, tapi belum juga menikah (mungkin kerana kekurangan fizikal, tidak ada kesempatan, atau tidak pernah 'terpilih' di dunia yang amat keterlaluan mencintai harta dan penampilan wajah). Yakinlah, wanita-wanita solehah yang sendiri, namun tetap mengisi hidupnya dengan indah, bersedekah dan berkongsi, berbuat baik, dan bersyukur. Kelak di hari akhir sungguh akan menjadi bidadari-bidadari syurga. Dan khabar baik itu pastilah benar, bidadari syurga parasnya cantik luar biasa.

Epilog ini menambahkan lagi deraian airmata saya.

Dan sungguh di syurga ada bidadari-bidadari bermata jeli (Al-Waqiah: 22). Pelupuk mata bidadari-bidadari itu selalu berkedip-kedip bagaikan sayap burung indah. Mereka baik lagi cantik jelita (Ar-Rahman: 70)

3 comments:

nohas said...

Mesti best novel ni..Tere-Liye ni orang mana? Indonesia ke?

Lan Bingka said...

pengorbanan yg pasti ada hikmahnya..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

suka bc novel2 dr indo..kisahnya bkn semata2 kerana cinta..tp bnyak menyentuh faktor lain..yg membuatkan kt lebih matang mnjadi seorg muslim sebenar