Adik saya seorang cikgu di sebuah sekolah di Sarawak pulang bercuti. Dia datang ke rumah saya kerana menghantar barang dan memberi saya beberapa keping fidge magnet dari Sarawak yang saya sedang kumpul sekarang. Kami berbual banyak perkara. Saya banyak bertanya tentang kehidupannya di pendalaman Sarawak. Lebih tepat lagi di Kanowit. Di antara perbualan kami:
Adik: Ada tak adik cite kat awak pasal sup katak?
Saya: Takde. Kenapa? (Eeeiiii....dia ni tak tau ke aku geli dengan katak)
Adik: Kawan serumah adik la cite ni pasal cikgu kat sekolah dia. Orang iban kat sana makan macam-macam. Ular, monyet termasuk katak. Satu masa tu musim banyak katak. Ada sorang cikgu orang Sarawak tu cakap dengan cikgu orang Semenanjung tu. Sedap tu sup katak tu cikgu. Lepas tu kawan adik cakap la, kami orang Islam tak boleh makan katak. Cikgu orang Sarawak tu cakap, kalau cikgu tak boleh makan katak tu pun takpe. Cikgu boleh rasa sup tu je.

2 comments:
eeii..yakks
hehehe...saya tergelak sampai sakit2 perut dgn adik saya. tu cikgu tu yang ckp mcm tu. bagi mereka halal bermakna takde b*b* ataupun tak mkn haiwan tu. mereka kurang fikir yang apa2 yang bercampur dgn haiwan tu jugak tak boleh makan.
Post a Comment