Monday, 8 June 2009

Jejak Kasih

McNa bagitahu saya yang dia terjumpa Puan Siti di dalam elevator di bangunan Boustead. Dia nak tegur tapi dia lupa nama (mengamuk dia McNa ko tak kenal dia). Saya pula 2, 3 minggu sebelum tu berbelah bagi sama ada hendak menghubungi dia atau tidak. Lebih 5 tahun kami tidak berhubung. Lebih 5 tahun juga saya tidak berjumpa dengannya.

Ketika McNa bagitahu yang dia ternampak Puan Siti, saya terus menghubunginya. Dia masih menggunakan nombor handphone yang lama. Dia masih kenal suara doraemon saya. Dia bertanya sama ada saya sudah pandai bergaya. Bergaya? Puan Siti, saya masih macam dulu. Saya tidak pandai bergaya. Saya cuma pernah berpakaian korporat kerana dipaksa ketika saya bekerja di E*** dulu. Ianya tidak sesuai dengan jiwa dan keadaan saya. Ia juga salah satu sebab mengapa saya berhenti di syarikat itu. Syarikat antarabangsa seperti yang saya kerja sekarang pun tidak memaksa saya untuk bergaya korporat. Inikan pula syarikat tempatan seperti E***.
Lalu kami memilih tarikh untuk berjumpa.

Beberapa kali juga terpaksa ditunda pertemuan itu. Akhirnya. Sebelum dia sampai, dia telefon saya. Dia kata dia bawa buku tebal untuk minta pendapat saya. Aduhhh...saya bukannya pandai sangat. Terpandang akan dia, tiada yang berubah dari pandangan mata saya. Cuma dia nampak semakin cantik berusia dan bertambah kedutan di mata - alamak, mati lah. Saya yang banyak berubah. Saya tahu walaupun dia tidak beritahu saya. Terpandang akan buku tebal ditangannya, membuatkan saya hendak tergelak pun ada, seriau pun ada. Di dalam hati saya, soalan apa agaknya yang dia hendak tanyakan pada saya.

Ketika di meja makan, dia bercerita kepada saya tujuan buku tebal tersebut. Rupanya dia risau tentang syarikat dia yang belum membuat sebarang announcement di Bursa Malaysia ke atas sebuah urusniaga yang bernilai jutaan ringgit. Dia nampak sangat risau dan saya menelah yang dia kehilangan selera makan kerana masalah itu belum selesai selagi dia tidak dapat menghubungi stafnya. Saya juga rasa bersalah. Tidak sedap rasa hati dengan pertemuan yang serba risau. Akhirnya stafnya menelefon dan berjaya menenangkannya.

Kami mula bersembang macam-macam perkara. Saya teringat kembali ketika zaman saya bergelar pelajar dulu. Dia di antara pensyarah yang sangat rapat dengan pelajar. Pelajar juga mudah rapat dengannya walaupun suara dia mengalahkan buluh perindu halilintar. Dia satu-satunya pensyarah saya yang selalu mengajak saya ke rumahnya. Dia juga selalu meminta saya membantunya membuat hidangan jika dia hendak membuat majlis rumah terbuka untuk pelajar-pelajarnya. Sehinggakan saya digelar "Is kek coklat" oleh suaminya. Pantang saya sebut resepi baru, mesti saya disuruh untuk membuatnya. Setakat ini saya hanya pernah buat kek coklat dan puding laici untuk majlis rumah terbukanya. Saya rasa tertekan bila dia mengatakan sejak dia tidak lagi bergelar pensyarah dan menjadi orang korporat, dia selalu saja perlu berada di luar negara bestnyaaaa....kenapa la tak ajak saya. Dan saya bertanya dengan muka tak malu sama ada dia boleh dapatkan saya fridge magnet walau ke mana pun dia pergi.

Kami berpisah dengan mengaturkan sebuah lagi pertemuan akan datang bersama beberapa orang lagi junior saya yang bekerja satu bangunannya dengannya. Saya tidak menyangka saya akan berjumpa semula dengan pensyarah saya di dalam dunia yang sama.

3 comments:

Unknown said...

hehehe, suara doremon yeee...
nak dengar bleh..??

bg ke contact no.. huhuhu

Kak Yam said...

So this is where you have been hiding all this while.. good writings and many knowledgeable things.. a great difference from mine hehe..

eL said...

Yus: Eh...tak biasa dengar suara doraemon dalam tv?

Kak Yam: Hey...there you are. You are faster than I tot :-) This is not called hiding. This is called camouflage with different alias hehehe. Kak Yam, where's yours? Gimme the URL. It does not matter whether it's full with knowledgeable things or not. It's ours. It's up to us to load it with anything we fond of. We are the one who experience what we wrote, after all.