Tergerak hati saya untuk menulis entry ini selepas dialog saya dengan receptionist pejabat saya (Ms Yap - Chinese), tealady (Mas - Indonesian) dan seorang cleaner lelaki (Saya tak tahu nama dia. Diorang panggil dia Tambi je - Indian). Ms Yap datang ke arah kami yang sedang bersembang. Di tangan ada sebungkus muruku. Dia offer pada kami.
Ms Yap: Nak tak? What is this called?
Saya: Muruku
Ms Yap: Tambi, you don’t want? Dia makan apa je tadi. Dia makan nasi je. Takde lauk pun. Itu pun kenyang?
Saya: What did you say?
Ms Yap: He ate rice & kuah curry only just now.
Saya: Is it? Why?
Mas: Dia dah biasa.
Errrghhh….hati saya tiba-tiba tersentuh. Bahawa di sekeliling saya masih ada lagi orang yang sebegini. Kita tidak tahu masalah dia. Mungkin memang dia suka makan seperti itu atau dia hendak berjimat. Jika telahan yang kedua saya benar, saya sangat simpati.
Cubalah bayangkan keadaan nasi yang disiram dengan kuah kari. Itu sahaja yang dimakannya untuk mengalas perut seharian. Macam makan nasi dengan garam. Di zaman yang serba moden ini orang terpaksa mengajar nafsu dan minda untuk menerima apa seadanya demi kelangsungan hidup. Itu pun kita masih lagi membazir tanpa kita sedar.

8 comments:
jom berjimat..
lawa template baru..;)
wah!berwajah baru nampak!!
Tapi kan dulu pernah la kitrg sekeluarga menonton rancangan 'bersamamu'kat tv3 tu ...untuk menunjukkan kepayahan hidup mereka dipaparkan mereka hanya makan telur dan kicap,terkeluar dari mulut anak2 akak secara serentak...emmm...sedapnya!!
jadi hanya org yang makan tu tau betapa nikmatnya...hehehe...
Dialog yg terdiri dari watak 1 org melayu (berpangkat). Watak kedua Cina seorang receptionist. Watak cleaner mestilah org India. Watak org asing tu tak lebih dari tealady atau tukang sapu juga.
Pengarang nak cuba bandingkan standard of living si cleaner dengan bos atau receptionist.
Adillah tu.
Lan: Macam tagline jualan murah je...hehe
Kak Hai: Itulah kan. Bila kita tengok orang kita kesian tapi kita sendiri pun pernah makan macam tu. Betullah kak, orang yang pernah rasa je faham perasaan diorang. Saya ingat lagi dulu mak pernah masak cili kisar + belacan je. Tu pun dah sedap sangat makan dengan bubur nasi. Tapi kalau orang tengok mesti kesian.
Pakcik Hashim: Saya kuli macam diorang jugak :-) Diorang tu geng lepak saya kat pantry time lunch.
jimat2 gak..perut kena kasi sedap..haha
Basuh Baju: sekali sekala bolehlah kot eh.
Saya rasa telahan yg kedua itu benar..utk berjimat..pernah nampak seorg guard beli nasi putih disiram kuah kari di food court, kemudian buka bungkusan ikan bilis goreng yg dibawa dari rumah...rasa insaf..
Nohas: Kesian tengok kan?
Post a Comment