Saturday, 25 July 2009

Not RM50


Kejadian berlaku di Aquaria KLCC semasa saya membuat pengeluaran wang. Saya tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut ketika wang kertas bernilai RM50 keluar beberapa keping melalui mesin ATM. Dalam hati saya terus berkata: "Eh, duit apa ni? Mimpi ke aku? Macam duit kartun. Biar betul". Daripada pandangan mata kasar, saiznya nampak lebih kecil daripada not RM50 yang lama. Tetapi jika diukur, saiznya adalah sama besar.

Penting ke saiznya? Penting juga. Kalau saiznya sebesar kertas A4, nampaknya terpaksalah kita lipat letak dalam wallet atau pakai beg ketika membawanya. Itu kalau sekeping. Kalau berkeping-keping? Kembung wallet. Yang sedia ada pun memang sudah kembung sebab penuh dengan macam-macam kad. Kad kredit, kad ATM, kad keahlian shopping complex, kad restoran makanan segera dan macam-macam kad lagilah yang menandakan kita ni memang mewah. Huh...berat, berat. Saiz yang mesra pengguna juga memainkan peranan yang penting bukan saja ciri-ciri keselamatannya yang semakin dipertingkatkan.

p/s: 1. Malu wehhh....kerja bank tapi tidak tahu not RM50 berwajah baru(!)
2. Not RM50 lama boleh masuk dalam album koleksi matawang.

4 comments:

hai said...

wah!!mesti orang felda bangga ni..ada gambar kelapa sawit lagi!!!

nohas said...

Yang ni design lebih meriah, colourful sikit..atuk tu nampak handsome sikit, may be backgroundnya yang bercorak..hehe..

Basuh Baju said...

masa aku guna not RM50 baru ni, ada cashier yg tak nak terima..geram btl aku..

Hashim Zabidi said...

Dulu, satu masa keluar duit baru (dah banyak kali keluar) simpan buat azimat, rupanya tak keramat.
Bila bibir rasa sejuk, lepas makan teringat, lepas minum teringat, duit azimat yang tak keramat jadi asap, selamat, ha ha ha...