Saturday, 11 July 2009

"Saya Tak Baca Buku Bahasa Melayu"

Saya ke kedai buku MPH di Alpha Angle rabu lalu. Niat hati ingin menghadiahkan sesuatu untuk ulangtahun sendiri. Tiada niat nak beli buku tertentu. Sedang saya membelek buku himpunan doa-doa bersaiz poket terbitan Telaga Biru, tiba-tiba saya terdengar seseorang perempuan eksyen menjawab; "Eeeiii.....Saya tak baca buku bahasa melayu".

Apa agaknya perkara pertama yang terlintas di fikiran kita? Meluat? Menyampah? Bohong kalau saya katakan saya tidak berfikir begitu (tak kenal pun boleh meluat, menyampah ye eL). Tapi apa yang lebih pasti saya sangat kasihan dengan dia. Laju saja kepala saya mengatakan dia tidak layak berada di negara ini.

Mengapa agaknya ayat-ayat seperti itu harus keluar dari mulut seorang yang sebangsa dengan saya di dalam negara yang bahasa rasminya adalah bahasa melayu? Tak malukah kita ada bangsa lain yang berusaha untuk menguasai bahasa melayu lebih dari kita. Bangsa lain menguasai bukan saja bahasa melayu komunikasi seharian malah menerobos disiplin bahasa melayu yang paling akar seperti sajak, gurindam dan seloka. Saya sangat bangga.

Di negara seperti Jepun, jangan harap kita hendak menggunakan bahasa lain untuk berkomunikasi dan belajar. Hendak belajar di sana, wajib belajar bahasa mereka. Tak lulus peperiksaan , jangan mimpi hendak belajar di sana. Mereka bangga dengan bahasa mereka. Walau menggunakan bahasa sendiri, mereka tetap maju.

Jangan kata orang lain, sedangkan adik saya sendiri pun pernah gagal di dalam peperiksaan kertas bahasa melayu. Alangkah malunya seorang melayu tetapi gagal kertas bahasa sendiri. Dimanakah puncanya? Apakah sebabnya? Tak lain tak bukan berpunca dari diri sendiri yang memandang sepi bahasa sendiri. "Aku orang melayu, takkan kertas bahasa melayu aku tak boleh jawab". Begitu agaknya pemikiran mereka. Tetapi mereka lupa, sesuatu yang dekat dengan kita mungkin tidak akan jadi milik kita andai kita tidak usaha.

Menguasai bahasa lain bagus tetapi jangan sisihkan bahasa sendiri.

Jangan kita terkejut jika anak-anak kita nanti memang sangat petah berkata-kata (terutama bila menjawab atau melawan cakap kita) tetapi keputusan peperiksaan bahasa melayu gagal setiap semester persekolahan.

4 comments:

nohas said...

Ya, susunan bahasa percakapan dan bahasa akademik/rasmi berbeza..kadang2 nak draft surat rasmi dlm BM pun terkial-kial..takut nanti digelakkan orang..

Unknown said...

yep!!! malu jgk sbnrnya bila da jd mcm ni...menaip pun da guna short word..huhu..sndri ckp..sndri terasa hati..xpe..y pntg Bahasa Melayu adalah bahasa y perlu d bangga..sabar je la yee.. xkn melayu ilang di dunia..tp akan ilang adat suatu hari nnt... percaya la... :)

hai said...

rasanya,kalo zaman sekolah dulu,kebetulan bersama geng2 seperjuangan,terdengar plak orang dok bercakap gitu,ada kitorang suma buat2 nak termuntah dengan nada yg sengaja dikuatkan gitu..hehehe....

Lan Bingka said...

ish..pantang tul la orang yg lupa diri ni.. belagak sangat

*bangga tengok peserta dari pelbagai negara mengambil bahagian dalam pertandingan pidato bahasa melayu antarabangsa..