Thursday, 21 January 2010

Prihatin

Kenapa pulak dia tiba-tiba turun melalui eskalator yang bergerak ke atas? Main-main dengan eskalator ke apa? Orang tengah ramai pagi pagi nak pergi kerja ni, dia main-main atas eskalator pulak. Eh, apa yang dia nak ambik antara eskalator kiri dan kanan tu? Oh, rupanya kad lrt dia terjatuh. Terbang melayang dan singgah di atas palam antara eskalator kiri dan kanan. Setiap hari, waktu pagi, eskalator di stesen lrt KLCC akan diaktifkan naik ke atas di kedua dua belah. Selepas waktu puncak barulah diaktifkan turun naik seperti biasa. Untuk mengelakkkan kesesakan di escalator bagi menampung jumlah penumpang yang ramai turun di KLCC.

Kad lrt tu kepunyaan si gadis. Terkial-kial dia mengutip kad dengan susah payah dalam keadaan eskalator yang bergerak. Dah dapat. Terlepas pulak. Yang memandang ini – sayalah tu - cuba membantu. Ah, terlepas kad tu dari tangan saya. Orang (lelaki) di belakang saya pula mencuba nasib. Terlepas juga. Orang (lelaki) yang berada di eskalator sebelah pula membantu. Kali ini, Alhamdulillah, walaupun kad itu hampir terlipat dua.

Bukan masalah akhirnya kad itu dapat diambil - si gadis boleh saja ke kaunter untuk membuat pembayaran denda kehilangan kad – tapi keprihatinan orang di sekelilingnya.

Bayangkan andainya lelaki yang berjaya mendapatkan kad itu tidak prihatin akan kesusahan gadis tu yang terkial-kial cuba mencapai kadnya dalam keadaan eskalator yang sedang bergerak, pelbagai kemungkinan boleh berlaku:

1. Pagi si gadis itu sudah dimulai dengan stres. Mungkin stres gadis itu tiada kena mengena dengan kita tetapi membuat seseorang lega dan gembira, bukankah menjadi kegembiraan kepada kita juga?

2. Kemalangan mungkin berlaku kepada gadis tersebut di atas eskalator yang sedang bergerak. Si gadis mungkin saja tersungkur ketika hendak mengutip kadnya. Kain atau bajunya mungkin tersangkut di celah celah eskalator itu. Mahukah kita melihat berita dia di muka depan akhbar keluaran hari esok dengan insiden ini?

3. Terpaksa membayar tambang lebih dari yang sepatutnya. Mungkin kita mengatakan itu adalah harga yang dia patut bayar di atas kecuaiannya. Kalau kena kat kita?

Andai kejadian itu berlaku pada kita, sedih tak kalau orang di sekeliling kita tengok je?

7 comments:

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

sedihhla kak..kalo semua tu terjadi kat kt.syukurnya gadis itu kerna mempunyai org yg dibelakangnya yg sgt memhami dn x lokek bg pertolongn....hmm ssh nk cr skrg kak...

eL said...

Ayong: Ianya bermula dari kita. Jom kita mulakan :-)

Khairi said...

seb baik tak terkepit kat situ ye. kesian dia.


saya pernah terserempak dengan gadis terkepit hand bag kat sliding door komuter masa nak keluar.kesian dia. semua org keluar tak peduli dia yg terkial2 tarik beg dia. lalu dia disapa oleh seorang lelaki budiman (saya ler tu hek hek hek)
"nape dik"
"beg. tekepit."

Oh sy tarik2 tak dapat. akhirnya suruh dia tunggu je pintu kkomuter katup balik. lepas tu sy bgtahu driver keteapi tu. pas tutup, buka semula. ok.

endiem said...

Tolong menolong amalan mulia.

eL said...

Khairi: Wahhh...dunia blog dah ada super hero. Kak el pernah tersepit kain dalam bas. Bas penuh. Berdiri kat tangga pintu. Tak ada pulak super hero datang tolong keh keh keh.

Endiem: Amalan mulia membawa ke syurga, insyaAllah.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

akk tersepit kain kat pntu bas x pe gak..kt tersepit kain kat esklator..kain baju kurung..tp Alhamdulillah..dh esklator tu nk smapi ky floor kain sy dpt ditarik..tp sy yg tarik sndiri huhuh..takut sgt waktu tu..sampi skrg fobia...

eL said...

Ayong: Ya Allah dik...kalau koyak, haru. Kalau koyak sikit tak apa. Kalau koyak banyak, malunya nak jalan. Akak pernah kena juga macam tu kat eskalator KLIA. Kain baju kurung warna pink. Habis hitam kain tu kena minyak eskalator. Masa tu dah terbayang dah kalaulah koyak rabak, manalah akak nak cari kain nak tutup aurat nak balik.