Pernah tak alami? Woh…ayat permulaan sama macam entry semalam.
Kita pergi ke pusat membeli belah. Lepas tu, ternampak barang yang kita nak sangat beli tetapi kita sekat kemahuan kita. Kita berulang kali beritahu diri kita sendiri bahawa apa yang kita mahu tu bukanlah barang keperluan tetapi barang kehendak. Macam ayat dalam buku pinjaman Perdagangan tingkatan 1.
Kemahuan (dibaca: nafsu) tidak boleh diturutkan sangat. Binasa dalam diam. Kita mesti mula berfikir dengan hati dari sekarang bahawasanya tanpa barang tu, kita masih boleh hidup seperti biasa. Serba sederhana. Kalau kita ada barang tu pun, ia tidak boleh digadai atau ditukarganti untuk beli beras. Ok, itu nasihat khidmat masyarakat.
Minggu depannya, kita ke pusat membeli belah itu lagi. Terserempak dengan barang yang kita hendak tu lagi. Medula oblongata kita mula ligat berfikir lagi. Banyaknya lagi. Kita bermonolog dengan diri sendiri dengan pertanyaan ini, “hendak beli atau tidak?”. Berjuta kali.
Akhirnya.
Kita beli juga barang tu dengan menafikan kata hati kerana menurut kata nafsu.
Lebih baik kita beli sahaja barang tu masa mula-mula kita ternampak barang tu kan? Lain kali, kalau dah nak tu, beli je. Kalau tahan pun, esok lusa kita beli juga. Perempuan. Memang macam tu. Lelaki pun sama ke?
Nasihat khidmat masyarakat yang tak boleh pakai(!)

7 comments:
Sometimes we have to please ourself, to reward ourself, once a while, sometimes..for our self-motivation..nasihat membina, hehe..
Tajuk mcm buku Dr HM Tuah, nak ke tak nak? Gud book to read..
Nohas: Could not disagree more :-)
Buku Dr Tuah tu pun ada cerita juga. Setiap kali pergi kedai buku ternampak. Dah bertahun-tahun ternampak. Dan bertahun-tahun jugaklah hati bertanya nak ke tak nak beli. Minggu lepas ke kedai buku lagi. Konon nak dapatkan sebuah (at last terbuka hati nak beli). Dah habis stok(!). Serve me right.
hihi~ biasalah tuh.. tapi, kalau dari mula mmg x minat supink, bleh la tahan nafsu tu kak el..kalau dah mmg minat supink, susah jugak.. tapi skali skala jer supink, amek je lah.. utk diri sendiri jugak.. kang x beli, tido x lena, mikir2 jer.. :D
hehehe...nak beli tu beli je la..
tenang sikit hati kan..
Fatin: Selalu kak el macam tu walaupun kak el bukan shopaholic. Dah lupa dah barang tu, bila ternampak, teringat balik. Akhirnya beli jugak. Menyampah juga kadang-kadang. Dah tau perangai macam tu, lain kali tak payah penat penat suruh otak fikir berjuta kali.
Lan: Pernah dengar tak, kalau stress, go and buy something for yourself even a small thing. Hilang stress. Beeeeli je la kan.
Kak el, time ada bajet beli, takde bajet kena la duk umh diam2 huhu.
Khairi: Kalau boleh nak selalu duduk rumah diam-diam. Biar nampak beranak sikit simpanan yang ada :-)
Post a Comment