Saya: Salam. Dekat x rmh dgn pasaraya terus maju?
Farzana Izzati: Wslm. X jauh mNe r..dkt ngn jLn nk ke pekan..sPe ny?
Kalaulah sms ini dihantar kepada emak saya, mesti pening berpinar-pinar kepala Puan Siti Hawa itu. Budak-budak sekarang selagi boleh dipendekkan perkataan, selagi itulah mereka mahu pendekkan. Kadang-kadang, bukan dipendekkan pun. Mereka cuma gantikan huruf ini ke huruf itu. Contohnya, perkataan “ni” jadi “ny”. Kita yang menaip sms itu memang tidak ada masalah. Cepat sahaja siap. Orang yang membaca sampai pening untuk memahamkan setiap perkataan. Yang lebih menghairankan, rajin pula mereka menggantikan huruf kecil kepada huruf besar, huruf besar kepada huruf kecil. Saya yakin, ia menuntut usaha yang lebih untuk menekan butang tukar. Apalah bezanya jika usaha menekan butang tukar itu digantikan dengan menaip perkataan yang penuh untuk setiap ayat.
Aduh….tepuk dahi saya dibuatnya. Nasib baiklah kakak sepupu dia ini cepat faham ketika bertanyakan logistik bandar Kuantan tempat tinggalnya itu. Kasihan kepada perkataan-perkataan itu. Kalaulah ia boleh berkata-kata, tentu di”basuh”nya kita. Kalau kita belajar tilawah Al-Quran, kita akan diberitahu bahawa setiap huruf itu ada haknya. Maka, kita perlu menyebut dan menulisnya dengan betul. Dan saya rasa huruf-huruf rumi ini juga ada haknya walaupun ia tidak bernyawa.
Saya pernah terbaca - kalau tidak silap saya dalam novel Lentera Mustika oleh Nisah Haron - ada mengatakan sms itu bukan memendekkan perkataan tetapi memendekkan mesej. Saya sangat setuju. Sudah namanya sistem pesanan ringkas kan? Bukannya sistem ringkaskan perkataan.
Gloss: Yang menulis pun sama dengan je. Cakap orang pandai sebab penulis merasakan "sikit-sikit tidak apalah kot". Hahahaha...cakap tak serupa bikin.
Gloss II: Bertuah punya sepupu...dia boleh tanya siapa yang sms dia. Handphone dia yang handphone zaman batu tak display nama kakak sepupu dia ni, dia kata kita pulak yang pakai nombor baru.

9 comments:
hahahaaa..betol tu kak..setuju dgn cara ber-sms tu..kdg pening gilep nak baca org guna bahasa moden sgt tu..huruf besar kecik ok lagi..kalau buat huruf2 simbol tu mmg sakit kuat..hahaa..sabo je la
tu memang gaya bahasa anak2 zaman sekarang,memang susah nak paham...kadang tu diorang ketawakan sms yang ayah dia taip...skemanya ayah...sebab ayah dia orang 60an,guna ejaan lama plak tu!!
Solehah: Huiii...sampai sakit kuat ye. Betul betul betul. Kadang-kadang kalau baca sms sambil berjalan, terpaksa berhenti kalau dapat sms macam tu.
Kak Hai: Hahaha...betul tu kak. Saya baru je dapat sms dari abah saya, org 50an. Ayat dia macam askar; "berita terima dan faham. roger & out". Mentang-mentang bekas askar wataniah tapi tak apa lah, daripada dia taip perkataan yang dia sendiri je faham. Kawan saya nama dia Nurul, dia pendekkan nama dia jadi "nrl"....adehhh. Mula-mula baca, siap terbalik2kan handphone lagi saya membacanya.
Senamrobik otak, hehe..tanpa vowels, minda boleh menafsir baris2 consonants..
Kadang-kadang 160 itu tak cukup utk send message, terpaksa berjimat-cermat..kalau SMS, boleh dimaafkan, tapi dlm blog, rasa bosan, rosak bahasa..
lek lu.. kdg mcm budak kecik baru reti cakap.
samalah..saya rasa sikit2 boleh kot..
Nohas: Alamak, saya dah lupa lah yang sms tu hanya boleh tampung 160 perkataan sahaja setiap satu. Handphone sekarang walaupun boleh tampung 1000 patah perkataan tapi harga setiap satu sms tu tetap dikira per setiap 160 perkataan kan. Saya rasalah.
Endiem: Hehehe kalau kita bersembang sesama kita, tak pulak kita boleh cakap macam tu ye.
Lan: Saya pun rasa macam tu. Sikit-sikit bolehlah kot. Jangan sampai tak faham langsung.
Post a Comment