Rasulullah S.A.W. bersabda: Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.
Menurut novel ini Konstantinopel ditakluk di zaman kegemilangan Sultan Muhammad Al-Fateh. Sultan Muhammad Al-Fateh berusaha dan mahu hadis itu direalisasikan dizamannya.
Bagaimana yang dikatakan ketua yang baik?
Bagaimana yang dikatakan tentera yang baik?
Bagaimana yang dikatakan rakyat yang baik?
Semuanya ada dikupas di dalam novel ini. Sangat menarik cara Pak Latip mengupas setiap satu. Sangat mudah, ringkas tetapi padat.
Bagaimana yang dikatakan ketua yang baik?
Bagaimana yang dikatakan tentera yang baik?
Bagaimana yang dikatakan rakyat yang baik?
Semuanya ada dikupas di dalam novel ini. Sangat menarik cara Pak Latip mengupas setiap satu. Sangat mudah, ringkas tetapi padat.
Saya tidak pernah menyangka yang saya akan menitiskan airmata membaca novel sejarah Islam. Tapi ia benar-benar berlaku sehingga saya merasakan saya berada di dalam novel itu sebagai pemerhati dari atas, dalam bahasa penjajahnya bird's-eye view :-)
Baca novel ini. Anda akan mengiakan kata-kata saya, insyaAllah.
Gloss: Sebenarnya saya mengambil masa yang sangat lama untuk membeli karya Pak Latip ketika mula-mula saya terpandang novelnya di kedai buku pada tahun 2008. Semuanya bermula dari Sultan Muhammad Al-Fateh.
Gloss II: Tahniah untuk Pak Latip kerana novel-novelnya telah banyak diulang cetak. Sila baca di sini.

8 comments:
Sgt bagus akan penerangannya...anda semakin matang dlm memahami hdup..hehe..
kena cari ni. :)
dah lama pun tak beli dan baca buku. adeh.
Yus: Saya rasa anda juga semakin memahami hidup ini setelah melalui pelbagai ujian :-)
Khairi: Sekarang dah tak beli buku ye sebab dah kena jual buku hiksss~~~
btul ke kak best...?kalo btul best tringin jgk nk beli...
salam..dimana sy boleh dptkannya ye.kat polular ade tak buku2 hasil tulisan pak latip?
Ayong: Best tak best tu ikut citarasa masing-masing. Untuk citarasa akak, ia memang best. Tak menyesal beli dan baca. Atau nak pinjam satu? Kalau suka, lain kali boleh beli tajuk lain :-)
Syah: Akak beli kat MPH. Kalau tak ada kat MPH, akak cari kat kedai buku Sarjana. Ataupun Syah boleh beli online di http://www.bookcafe.com.my/
blh ke kak pinjam..huhuh..kalo blh nk jgk
Ayong, boleh. Apa salahnya. Datanglah rumah akak. Ataupun nak jumpa kat mana-mana? Ataupun nak akak pos?
Post a Comment