Lapar lah. Dah pukul 8 malam tak makan lagi, mesti lah lapar. Nak makan apa ni? Malasnya nak turun. Haaaa.....ada coklat kat meja dia ni. Ambil lah sikit. Dia bukan tahu pun. Tak baik macam tu. Tak apa lah. Esok bagitahu dia. Dia mesti ok punya sebab baik dengan dia.
Insiden yang berlaku hari selasa lepas. Elok sangatlah apa yang saya buat tu. SEMUA, diulangi SEMUA orang akan kata tak elok. Tapi berapa ramai di antara kita yang sedar apa yang kita buat tu kita tak perasan pun.
Ambil tapi beritahu dia esoknya.
Beritahu atau tidak bukan pokoknya. Perbuatan ambil hak orang tanpa izin itu sudah menunjukkan sifat tak baik. Kita sungguh yakin bahawa bila kita bagitahu dia esoknya, dia mesti cakap "alah, ambillah. tak kisah". Perbuatan ambil coklat dia tu telah berlaku semalamnya. Dosa dah terbit di situ walaupun dia tak kisah. Kalau nak beritahu, beritahu sebelum ambil barang dia. Semasa kita nak ambil tu, ada suara halus yang baik mengingatkan kita bahawa apa yang kita buat tetap salah dari mula tapi kita menurut kata suara halus yang kurang baik yang ada dalam diri kita.
Ambil tanpa izin
Ini masalah berat. Bukan masalah kita baik atau tidak dengan tuan punya coklat. Tetapi masalah kita ambil coklat orang lain yang bukan hak kita tanpa izin. Lebih buruk lagi coklat yang kita ambil tu akan masuk dalam perut kita dan mendarah daging. Kalau dia tak tahu pun kita ambil, tetapi Tuhan bukan setakat tahu, Dia nampak kita ambil. Dengan manusia kita boleh sorok atau sembunyi atau diamkan. Dengan Tuhan?
Kat akhirat esok kat mana lah kita nak cari dia kat padang mahsyar yang luas tu. Sifat ini bukan untuk diaplikasi pada coklat sahaja. Benda lain pun sama.
Gloss: Ini berlaku di pejabat. Jam 8 malam masih belum balik. Syaitan berkeliaran menghasut iman yang senipis kulit bawang. Ada tak kulit yang lebih nipis dari kulit bawang?
Gloss II: Dilarang meniru perbuatan ini. Lama lama ia akan jadi habit. Bad habit.

4 comments:
Kadang2 buat juga..bila terlupa bawa telekung, rembat saje telekung yg ada dlm beg dalam surau, memang tahu itu individu punya, takde telekung wakaf..cakap dalam hati, tuanpunya pun dapat pahala juga...matlamat tidak menghalalkan cara..
da lama x komen ar, rindu plak..hehe..
- tp apa pun, bila kita da smp kan apa yg kita luahkan dan org lain mengetahuinya, hrp selepas ini menjadi pengajaran buat kita semua.
- klu mkanan x elok kita amik sebelum kita gtao dia, sbb jd darah daging, dwatnya mulut manis berkata tp hati x merestui mcm na...?? so..jgn amalkan ok...x elok..berdosherrr.....
dibolehkan semasa darurat..hehe
Nohas: Ye, matlamat tak menghalalkan cara. Pernah juga nak buat macam Nohas tu tapi takut. Takut apa tau...tengah solat tuannya datang cari telekung dia hehehe...
Yus: Betul tu, dia kata tak kisah tapi hati dia kita tak tau. Tapi tak baik pulak berburuk sangka.
Lan: Oh, kalau darurat boleh ye. Kiranya daruratlah saya hari tu sebab perut saya dah gastrik masa tu.
Post a Comment