Sebenarnya saya sangat rindu dengan anak ini. Sudah lama saya tidak bawa dia keluar berjalan-jalan. Lebih tepat lagi, sudah jarang sejak dia mula memasuki alam persekolahan tahun lepas. Lagipun saya perlu beralah untuk bawa dia keluar andainya dia telah dibooking oleh nenek dan atuknya di Kuang.
Saya sendiri sangat sibuk bila tiba hujung minggu sejak saya mula ada kelas. Selalunya saya akan bawa dia keluar sepanjang hari sabtu. Saya tidak bawa dia keluar hari ahad kerana saya mahu dia berehat untuk ke sekolah keesokan harinya. Adakah ini satu alasan?
Anak ini sudah tiada ibu sejak dia berumur 2 tahun. Sekarang dia sudah berusia 8 tahun. Mamanya pergi kerana kanser payudara ketika dia tidak tahu apa-apa. Kasih sayang saya tumpah tidak bertepi kepadanya. Dia anak tunggal sekaligus dia satu-satunya yang saya ada.
Kalau saya bawa dia berjalan-jalan dan terserempak dengan sesiapa yang saya kenal, mereka pasti mengatakan dia adalah anak saya kerana wajah yang seiras. Pada mereka yang tahu dia bukan anak saya mengatakan wajah kami sama walau tidak serupa. Ke mana tumpahnya genetik kalau tidak kepada anak saudara *wink*
Insya-Allah, saya akan bawa dia keluar pada hari Isnin ini. Saya tidak mahu suatu hari nanti dia akan berkata kepada saya, "Alya dah taknak keluar dengan maklong sebab maklong sibuk dan dah tak pedulikan Alya lagi". Huh! masa tu saya meraung sekuat hati pun dah tak berguna. Insya-Allah, jika sampai masa saya akan bercerita lebih lagi tentang anak ini.

8 comments:
aduiii..mcm tu ke..comel2..
mst makciknye pun comel gak..
begus la amik berat ttg anak tu..mengajar kita lbh kepada kasih syg y abadi. dpt gak merasa kasih ibu wlaupun awk bkn ibu nya...keep it out,.
anak angkat ker kak el?
Yus: anak saudara je comel. Mak saudara tak comel.
Solehah: Bukan. Anak saudara. Anak adik kak el.
comel alya..tetiba rasa terharu mengenangkan kisah seorag anak kecil
erm
comel
Warda: Tu belum lagi dengar cerita masa dia kehilangan mama dia.
PJ: Biasa je. Gabungan pertemuan maya papa & mama dia.
Post a Comment