Salam diari.
Dengan izin.
18 Februari 2009.
Genap setahun Uwan meninggalkan aku. Aku taknak ingat dia sorang-sorang. So, pagi-pagi lagi aku dah sms semua bapa saudara, ibu saudara dan sepupu-sepupu aku: "Hari ni genap setahun Uwan meninggal tapi kakak rasa macam baru semalam".
Aku tak sangka pulak masing-masing nak reply sms aku. Aku dah agak diorang mesti reply yang boleh buat aku nak banjir. Kecuali Pak Anjang, dia tak reply. Dia call. Tapi aku tak angkat. Aku sengaja tak angkat sebab saat tu adalah saat paling rapuh bagi aku. Biar aku cool down dulu.
Sebelah malam, Pak Anjang call lagi. Kali ni baru aku angkat. Aku mintak maaf kat dia aku tak angkat call dia sebab aku takut aku termenangis. Kat ofis plak tu. Malu wooo....Pak Anjang tanya kenapa. Adehhh....lagi nak tanya kenapa. Mesti la sebab sedih. Dia tak tau lagi ke anak sedara dia ni kememeh dan sensitif tahap dewa. Aku cakap dengan Pak Anjang: "Kalau Uwan masih idup sekarang, kakak akan balik kampung tinggal dengan dia.
Tapi apa guna aku cakap macam tu sekarang? Dia dah takde.
Flasback setahun yang lalu.
Isnin, 18 February 2008 aku berada kat rumah Bangsar. Jam 10.45 p.m. aku dapat call dari Farah tapi aku tak sempat nak angkat. Then 10.57 p.m. Duan lak call aku. Actually masa tu aku tengah text dgn adik aku, Liza pasal kete. Aku ingat Duan pun call aku pasal kete gak. Rupanya....
Duan: Assalamu'alaikum kak
Aku: Wa'alaikumussalam
Duan: Dah tau dah?
Aku: Tau apa?
Duan: Uwan dah takde.
Aku: (aku diam. aku rasa "haaahhh?" adalah perkataan yg aku dah ban kalau aku dapat berita macam ni). Awak nak balik?
Duan: Adik nak balik la ni tapi tunggu abah kejap sebab abah, mak & Alya naik dgn Pak Teh.
Aku: Kakak nak balik jugak tapi datang la ambik kakak. Dah lewat ni.
Duan: Oklah.
Aku capai je baju mana yang sempat. Yang paling senang, jubah la kan. After aku dah pack sume, masa aku tengah tunggu Duan, tiba-tiba aku nangis. Aku rasa baru lagi aku text Farah bila date Uwan punya check up untuk next month kat IJN sbb Mak Teh je yg tau tarikhnya. Bila Farah reply 12hb Mac, aku terus tanda kalendar aku. Aku memang looking forward nak jumpa Uwan next month kat KL. Aku nak spend time dengan dia kat umah Pak Teh. Salunya kalau dia ke KL, dia akan ke rumah Pak Teh & salunya Pak Teh pun akan suruh aku tido umah dia.
Duan datang jemput jam 12 a.m. lebih. Then cari Fakhrul. Kira-kira kul 1.15 a.m. baru kami betul-betul bertolak masuk hiway. Masa dalam kete aku tahan je airmata sebab Duan tengah drive. Aku taknak dia terganggu. Lagipun aku kena stay alert sebab aku tau dia akan bawak laju. Salunya aku kalau duduk kt seat sebelah driver, aku takkan tido. Sian kat driver.
Sampai je, aku tengok mak, Mak Cek, Mak Tam, Pak Tam, Aina & abah tgh baca Yaasin. Aku salam abah, then aku salam mak. Mak peluk aku suruh aku sabar. Masa ni aku dah banjir besar dah. Aku ambik wuduk, aku terus baca Yaasin utk Uwan. Aku sendiri taktau berapa kali aku ulang baca sampai penat. Aku tengok Imah, Nini, Ain, Aina, Alya & Farah takleh tido. Tu sume cucu dia yang baru sampai. Belum ramai lagi cucu dia yang sampai. Aku langsung takleh tido malam tu. Aku tak sanggup nak bukak kain yang tutup muka Uwan. Aku takut aku akan meratap kat situ. Tapi aku terpandang muka Uwan bila mak bukak kain tu. Aku terperanjat sbb muka Uwan langsung tak berkedut sedangkan masa hidupnya, muka dia cengkung & berkedut. Aku betul-betul terperanjat(!) Aku diam je. Not to mention muka dia yg putih bersih sedangkan kulit Uwan tak la putih sgt. Kira sawo matang. Tak lama lepas tu Mak Ngah sampai dari Parit Buntar. Along & Wandi dari Sg Buloh. Along datang kat aku & salam. Dia peluk aku & sekali lagi aku memang tak tahan, aku nangis sama. Lama jugak sampai Mak Teh terpaksa leraikan kami. Aku, Duan & Along adalah cucu dia yg idup masa zaman dia. Kami rapat dgn dia. Beza dgn adik-adik kami yang dah jarang balik kampung. Masa kami kecik-kecik dulu, pantang ada cuti sekolah, mesti kami balik kampung. Tu pasal kami terasa sangat bila Uwan dah pegi.
Mak kata, weekend tu mak balik kampung dengan abah. Uwan cuma demam. Mak balik gi klinik. Pastu mak kata, Uwan dah sihat. Boleh berjalan macam biasa. Berbual macam biasa. Mak Cek cakap, Uwan bersembang dengan dia masa makcek tengah masak dinner. Ain cite hari isninnya, malam tu uwan nak ambik wuduk utk solat. Fifi ada dalam toilet. So, sementara tunggu fifi kuar, uwan masuk balik dalam bilik dia. Masuk bilik, uwan terus tersembam atas katil. Kebetulan Pak Cek lalu kat bilik Uwan ternampak dia terjatuh. Ain, Pakcek, Makcek baringkan Uwan atas katil dia sebab nampak dia macam pengsan. Uwan pun memang kerap pengsan sebelum ni. Tak lama tu, Uwan hembus nafas 2 kali tanda dia dah pegi. Diorang semua rasa macam tak percaya, diorg call doktor untuk sahkan. 2 kali diorg suruh doktor check sebab diorang tak percaya Uwan dah takde. Akhirnya diorang terpaksa terima hakikat yang Uwan memang betul-betul dah takde. Lepas tu baru la Pak Cek call kami.
Masa mandikan tiba. Anak-anak Uwan angkat dia ramai-ramai kat bilik tempat dia nak dimandikan. Aku tingin sangat nak tengok tapi aku takut orang-orang yang mandikan dia kata aku nyibuk. Aku duduk je depan bilik tu sedangkan dalam ati aku membuak-buak nak tengok orang mandikan dia. At last aku dekatkan diri aku kat bilik tu. Aku berdiri depan pintu balik langsir. Masa orang mandikan aku tengok je muka Uwan. Sama macam aku tengok semalam. Aku sure takde sape perasan. Sekali lagi aku fikir, nak bagitau ke tak dengan mak-mak sedara aku. Then aku bagitau Farah & mak. Aku kena bagitau jugak kat salah sorang sebab kalau aku bagitau after semua dah selesai, takde sape akan caya cakap aku sebab diorang tak nampak. Then Farah bagitau Mak Teh. Baru diorang sedar. After dah mandi, anak-anak dia angkat dia masuk ke tengah rumah untuk dikapan. Masa kapan ni, aku rasa aku la orang yang mula-mula sekali nangis tengok Uwan kena kapan & tak lama lagi aku dah tak dapat tengok muka dia dah. Then, sepupu-sepupu aku semua menangis termasuk mak-mak & pak-pak sedara aku. Jiran-jiran pun ada yang menangis. Yang aku heran, hari tu hari kerja tapi ramai sungguh orang yang datang. Kak Nah & Kak Fauziah yang jauh pun datang. Masa tengah kapan ni Kak Nah duduk sebelah aku, dia cakap kat aku "Dah takde dah Uwan", terus aku menangis dekat bahu dia macam budak kecik.
After dah kapan, masa untuk kaum keluarga mencium arwah untuk kali terakhir. Part yang aku paling tak sanggup. Aku tau airmata aku mesti mengalir laju masa ni. At last, aku cium pipi kanan Uwan, aku cakap aku mintak maaf kat dia kalau aku ada salah silap. Aku cium pipi kiri dia, aku doakan dia ditempatkan di sisi orang-orang yang Allah sayangi. Lastly, aku cium dahi dia, aku cakap suruh dia tunggu aku kat syurga. Then aku capai tangan Alya. Aku suruh dia cium pipi moyang dia. Dia la cicit sulung. Dia sempat jumpa moyang dia.
Uwan disolatkan berimamkan Pak Cek. After Uwan dah disolatkan, Pak Teh umum pada jemaah maafkan Uwan kalau ada salah silap. Kalau ada hutang piutang yang belum bayar, datanglah tuntut. Then Uwan dibawak ke kubur area yg sama dgn arwah Aki & arwah Mak Uda. Aku ikut sekali ke kubur sebab aku nak tengok proses ni dari mula sampai akhir. Ni je yg tinggal. Lepas ni takde dah. Kalau aku tak ikut kali ni, bila lagi nak ikut.
Sekali lagi aku nangis bila aku tengok Pak Lang, Nizar & Duan masukkan Uwan dalam lahad. Aku akan berpisah mati dengan dia selama-lamanya! Talkin dibaca oleh Pak Cek. Sepanjang-panjang talkin tu, aku nangis lagi nak-nak pulak part yg Pak Cek baca bahasa melayu tu. Masa talkin ni, aku rasa nak jatuh dah sebab kepala aku dah pening & mata aku dah sembab sebab banyak nangis & tak cukup tido. Tapi aku tahan sebab aku taknak buat scene kat situ. After abis talkin, kami siram pusara uwan. Sayunya hati kenangkan dia kat bawah tu.
Tengoklah apa yg arwah Aki dah nampak berpuluh-puluh tahun dulu. Dulu arwah Aki lah yang anta Pak Cek belajar tahfiz ke Pakistan. Ni la gunanya. bukan untuk arwah Aki tapi untuk arwah Uwan. Arwah meninggal takde imam pun yang kami panggil untuk solatkan & talkinkan Uwan. Sume Pak Cek yang buat. Alhamdulillah.
Balik rumah, baru terasa perut lapar sebab dah sehari setengah aku tak makan. Masa tengah makan ni mak kata dia terbayang-bayangkan Uwan duduk kat tepi dapur tu. Nasib baik la ramai kat dapur tu. Kalau tak, ada jugak yang makan berkuahkan airmata.
Part yang paling susah untuk aku face bila semua dah selesai. Everywhere aku pegi, aku ternampak-nampak dia. Terngiang-ngiang kata-kata dia. Rupa-rupanya, aku tanya Farah date check up uwan tu adalah hari yg sama Uwan meninggal cuma masa berlainan. Bila check kat handphone Farah, dia cakap aku tanya dia betul-betul sebelum pukul 8 mlm tu & tengok-tengok kul 10 lebih Uwan dah takde. Tapi, serius...aku betul-betul tak ingat yang aku tanya tu adalah hari yg sama. Aku ingat aku tanya dia few days back. Tengoklah betapa besarnya kuasa Tuhan sampaikan aku sendiri tak ingat apa yg Dia sendiri ilhamkan pada aku.
Part paling sedih sebab aku takde sebelah dia masa dia pegi. Aku rasa kata-kata aku yang mengatakan bulan 3 baru aku start keje tu, macam bagi jawapan yang dia akan pergi tapi aku je yang tak terfikir. Ye lah...mana ada sape-sape boleh expect sape yang akan mati kan. Lagi satu, aku tingat Mak Teh kata, walau kita tgk Uwan tu nampak macam sihat, tapi jangan ambik ringan sebab mana kita tau tu tanda-tanda dia nak tinggalkan kita.
Masa ni jugaklah aku tingat, ada satu siang tu, after dia kuar dari IJN tiba-tiba dia kuarkan sebungkus tisu. Dalam tu ada batu berlian besar. Dia suruh aku ambik buat cincin. Aku tolak dengan alasan batu tu besar sangat tapi yang sebenarnya aku taknak jadi isu kemudian hari. Then, dia bagi aku sebentuk cincin. Kali ni aku terpaksa ambik untuk jaga ati dia. Cincin tu dulunya ada tertulis huruf "S" atasnya, huruf pertama nama dia. Rupanya tu adalah pemberian terakhir dari dia(!)
Uwan, kakak tak terkilan uwan pegi sebab kakak dapat jumpa Uwan buat kali terakhir tapi kakak sedih sebab hari-hari kakak dah tak macam dulu lagi kalau kakak balik kampung. Kakak redha uwan pegi sebab tu adalah janji Allah tapi kakak sayu bila apa je kakak buat, kakak teringat uwan.
Uwan, maafkan apa juga kesalahan kakak sama ada kakak sedar atau pun tak. Halalkan semua makan minum kakak. Kakak redha Uwan pegi. Kakak doakan Uwan digolongkan dikalangan orang-orang yang beriman. Tunggu kakak kat sana. Innalillahi wainna ilaihiroji'un.
Al-Fatihah.

8 comments:
dia pasti aman di sana
sedih jap..al-fatihah untuk uwan k.el..jgn sedih2 k.el..doa bnyk2
terasa kesedihannya..
assalammualaikom emblem
sesungguhnya yang hidup pasti merasai mati...
alfatihah untuk uwan, moga sejahtera disana.
lama tak mai, maaf ya dan dah lama juga saya tak update blog bicara, ingat nak tinggal kan titik sebagai noktah pada blog saya.
Abgel: Insya-Allah.
Warda: Don't worry ok dear :-)
Lan: Sekarang sedih kalau teringat.
Incik Zamrie: "tinggalkan titik sebagai noktah" tu maknanya nak delete blog atau nak tinggalkan buah tangan baru di dalam blog? Kalau nak delete, kenapa? Nanti saya nak baca apa?
Post a Comment