Friday, 13 February 2009

Sembang Dengan Diari 4

Dengan izin.

Salam diari.

Pagi tu aku Aishah tanya aku sama ada aku pegi mana-mana tak hari tu. Aku jawab, aku nak balik rumah mak aku kejap. Dia cakap malam nanti "diorang" nak makan durian kat taman UIA. Makan durian? Kat taman UIA? Ehhh...aku tak penah buat lagi keje-keje camtu. Dia cakap lagi, kalau aku nak join, dia suruh call, then dia boleh datang ambik aku kat rumah. Aku cakap kat dia aku tak confirm lagi. Kalau aku nak ikut nanti, aku bagitau. Aku tanya lagi, "diorang" tu sape. Dia jawab, dia dgn Haiza.

Petangnya, aku sms Haiza tanya pukul berapa diorang nak pegi. Haiza kata lepas maghrib. Aku ingat nak suruh adik aku drop je aku kat bus stop tepi rumah tu then suruh Aishah pick me up kat situ. Tapi aku kena mandi & solat dulu. So, aku suruh adik aku dropkan aku depan rumah.

Lalu depan rumah, tiba-tiba aku sangat lapar sebab aku terbau salah sorang jiran aku goreng ikan masin. Aku masuk rumah dengan salam pastu:

Haiza: Is...
Aku: Saya lapaaarrrrrr.....
Aishah: Is dah balik...
Aku: Saya lapaaarrrrr (teruk betul aku. satu dunia tau aku lapar)
Aishah: Lapar? Ok...kita pegi dinner dulu pastu kita gi makan durian ok.

Masuk dalam kereta tiba-tiba Aishah tanya kat mana nak cari durian? Haaaaaaaaa??? Kat mana???? Ingatkan ajak makan durian dah tau kat mana nak makan. Kami pegi jenguk kedai buah sebelah Kunang-kunang. Takde. Then aku kuarkan idea paling bernas tapi telah direject oleh Aishah & Haiza. Chow Kit(!) Gile jauh nak makan durian. Susah nak cari sebab bukan musim dia. Then aku suggest pi Greenwood. Kat Greenwood tu boleh dinner sekali. There we went.

At last jumpa gerai jual durian kat Greenwood tu. Dari jauh lagi diorang dah jerit sebab ternampak gerai tu. Betul-betul tepi jalan dekat traffic light. 3 biji for RM22. Tapi Haiza tawar dapat la RM20. Dengan mulut aku kepoh ni, aku tanya kat abang yang jual durian tu harga durian yang tergantung kat situ. Saja je tanya. Dia cakap yang tu sekilo RM25. Aku jatuh rahang bawah. Haaa???? Abis tu, berat durian tu berapa? Dia kata dekat 3 kilo. Sebiji durian untuk makan 3 orang berharga RM75(!) Tokeh balak pun makan ubi kayu tau(!) Dah...jalan, jalan.

Dalam perjalanan, aku sebenarnya tak terbayang lagi kat mana la diorang ni nak bawak aku. Sampai kat satu tempat ~ Haaaa??....ni ke tempat dia?? Kat Taman Budi & Ilmu UIA, dalam kawasan stadium, tengah-tengah padang, gelap ok. Hanya diterangi oleh lampu jalan yang samar-samar je. Nasib baik UIA tak bukak spotlight kat padang tu. Kalau tak, mau keras aku kat situ. Bertuah betul budak berdua ni. Layan je la. Ada la 2, 3 orang tengah jogging kat balapan. Sambil makan durian, sambil sembang. Bab politik lak tu. Phewwww...korang niiii. Lepas makan durian, si Haiza yang terkenal dengan suara nyaring tu suruh aku ikut dia berbaring sambil tengok bulan dan bintang (lepas makan baring??? ngeeee...wajib mak aku marah). Aduuuhhhh....sesungguhnya aku tak pernah buat keje-keje cerdik dan bestari camni.

Bukan aku nak cite betapa gila-gilanya housemates aku tapi kemesraan antara kami buat aku bertambah senang dengan diorang dan mempunyai persepsi berbeza di waktu aku mula-mula masuk rumah tu dulu kalau nak dibandingkan dengan sekarang. Aku orang baru di antara diorang. Aku tak pernah kenal diorang sebelum ni. Tapi kemesraan sebegini membuatkan aku tak kekok dan janggal ~ tak macam mula-mula dulu. Di antara kami, ucapan "terima kasih" & "sorry" tak penah lekang. Even antara Aishah & Haiza pun aku selalu dengar ucapan-ucapan tu walaupun diorang dah kenal lama. Kemesraan tu penting untuk orang-orang yang tinggal serumah seperti kami. Baru dinamakan tinggal serumah. We share most of the things. Sakit pening kita, diorg yang tau dulu. Sebenarnya, aku dalam keadaan yang tak sihat masa diorang ajak ke situ. Tapi demam aku semakin berkurang bila aku setuju untuk ikut aktiviti yang gila-gila ni.

9 comments:

Lan Bingka said...

seronok jadi gila2 sekejap.. bukan dengan semua org bleh buat camtu.. dgn org2 tertentu je..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

btul la kak seronok jd gila2 camtu tgok bulan dn bintg..dpt hilangkan stress..hheheh..kalo akak suka sgt nk mkn durian..kt kg sy bnyak sgt kalo musim..sampai 1 biji jual RM0.70..pecaya x?

eL said...

Lan: Betul tu.

eL said...

Warda: Wahhh!!! bestnya. Kampung Warda kat mana? Boleh kak el ajak kak aishah & kak haiza nanti atau pun kalau kak el kejam, kak el pergi makan sorang je hehehehe

Teo Wei Sing said...

Kadang-kala atas nama saja tinggal serumah tapi mungkin masing-masing tidak berjumpa tak bersua, lagi tidak bertegur sapa, adik-beradik tak kenal juga

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

umah kita kt kuale kgsar kak..blh dtgla..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam.lama k.el menyepi..buat per?oo semalam pg mn erk?jmpa solehah erk..best dan jelesnya

eL said...

Teo: Betul tu. Itulah sebabnya kita perlu peruntukkan masa yang berkualiti untuk diri sendiri.

eL said...

Warda: Nanti kak el nak ke kuala kangsar, kak el bagitahu ye. Kuala Sepetang dah pernah sampai.

Kak el ingatkan solehah datang bertemankan Warda. Boleh jumpa sekali. Tak apalah...lain kali kita boleh jumpa ok.