Monday, 23 February 2009

Mereka Memang Pandai

Kelas saya hampir tiba ke penghujung tetapi pensyarah saya hendak buat cuma 1 lagi kelas tambahan sebagai kelas terakhir sebelum tibanya hari peperiksaan pada pertengahan Mac. Tiada waktu lain yang lebih sesuai melainkan malam memandangkan kesemua kami bekerja di siang hari. Kelas yang terakhir itu tidak boleh diadakan hari minggu kerana pensyarah saya perlu menghadiri kursus selama 4 hari minggu berturut-turut. Sebolehnya saya ingin mengelakkan untuk keluar malam. Disebabkan itu, saya telah menukar kelas malam kepada kelas siang di awal semester lagi.

Ketika pensyarah saya sibuk bertanyakan persetujuan setiap pelajar untuk mengadakan kelas malam, saya tetap mengatakan tidak. Tiba-tiba ada pelajar bersuara: "Is dah pandai. Dia tak payah datang kelas pun tak apa". Hanya saya yang tidak bersetuju kelas diadakan waktu malam. Maka, secara otomatik suara saya gagal untuk menukarkan keputusan majoriti. Akhirnya saya terpaksa mengalah (rela dalam paksa) bila pensyarah saya berkata dia akan menghubungi saya berkenaan dengan kelas yang terakhir itu kerana saya tidak dapat hadir (dibaca: dipaksa supaya tidak dapat menghadirkan diri).

Semua dari kita bermula dari asas/bawah. Pandai atau tidak bukan ukuran. Yang penting cara kita manfaatkan ilmu yang kita dapat. Cara kita berbeza. Tumbesaran dan pembawakan kita juga berbeza. Tiada istilah pandai atau tidak pandai. Saya tidak mungkin menunjukkan saya tidak tahu sedangkan saya tahu tentang sesuatu ilmu itu tetapi tujuan kita menuntut ilmu itu mungkin berbeza. Itulah gunanya juga mengapa saya berada di kelas itu, mahu menambah ilmu yang sedia ada. Saya tidak mahu dikenali dengan "budak pandai" di dalam kelas itu. Disebabkan itu juga saya sangat low profile. Saya hampir tidak pernah bersuara bertanyakan apa-apa soalan di dalam kelas tersebut melainkan disuruh.

Untuk pengetahuan mereka, jika mereka menganggap saya ni "pandai" sangat, suka saya memaklumkan, saya "pandai" bukan dengan cara ponteng kelas dengan sengaja.

Saya "pandai" bukan turun dari langit.

Sudah "pandai" tidak bermakna saya tidak perlu datang kelas.

Pandai mereka mereka-reka cerita.

14 comments:

a.b geldofg said...

masa aku blajar tkdapun kelas2 tmbahan.....

Lan Bingka said...

best student nih...;)

Anonymous said...

Pedulikan dia. Mungkin terkeluar dari mulut dia sehingga tidak mengetahui menyinggung perasaan orang lain. Belajar tinggi-tinggi macam beruk panjat pokok kelapa tinggi-tinggi.

eL said...

Ab: Pensyarah korang efficient. Dia buat kelas tambahan tu sebab silibus dia belum habis. Kelas lain dah habis dah.

a.b geldofg said...

pnsyrah ko lebih bnyak buat kerja bukan syarah dari kerja syarah....tu yg jadi cm tu

eL said...

Lan: Saya student yang lembab dan average je. Disebabkan lembab dan average saya kena pergi kelas. Kalau tak, saya blur & lost, lepas tu panik :-)

eL said...

Teo: Saya pekakkan telinga je.

Teo Wei Sing said...

Tuhan berikan kita dua mata, jangan kita membaca dan melihat dengan mata kepala saja, kita kena tajam dan bijak menggunakan mata hati juga. Buat pekak bukan tak boleh, cantik. Lebih elok kita jangan lawan dengan mereka. Saya masih percaya kita ikut jalan benar dan Tuhan akan berkati kita sampai ke kejayaan nanti, cuma masa menjadi penentuan saja. Seperti saya, Tuhan sayang saya, sentiasa memberikan cabaran, tapi kita buat cool saja. Cabaran demi cabaran, akhirnya kita akan menjadi kebal juga. May god bless u...

Teo

eL said...

Teo: Saya akan jadikan ia satu dugaan dan cabaran untuk saya cemerlang walaupun saya tidak hadir kelas yang terakhir. Terima kasih kerana membakar semangat saya.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

akak sy tertarik ngn kisah akak blajarni..actually kt tercari2 IPT mana yg kt blh wat pjj untk degree...cz sy nak keje sambl blajr..huhu cz kekurangan ilmu..huhu bak kata pepatah tuntutla ilmu hingga kenegeri cina..kt ni sentiasa kn mncari ilmu kan k.el..x timbul soal siapa pndai atau tidak....

Teo Wei Sing said...

Sebagai kawan, macam tu lah tugas kita, kawan ketawa memang di mana pun ada, kawan menangis sukar dicari. Saya cuma menyokong kebenaran

Teo

eL said...

Warda: Nanti kita kongsi idea melalui emel ok.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

kak el ni e-mail kt noor.fatahiyyah@gmail.com

ni ym: kak_yong86@yahoo.com

eL said...

Warda: Nanti kak el send email.