Sunday, 22 February 2009

Ulangtahun Kelahiran

Sudah bersawang teratak buruk saya ini. Maaflah, hampir 2 minggu saya tidak sihat. Sekaligus menghilangkan fokus saya untuk menulis. Ketika menulis ini pun kepala saya masih sakit sikit-sikit. Musim agaknya ya. Bermula dari musim hujan hinggalah masuk musim panas, suhu badan saya ikut berubah. Macam amfibia pulak(!).

12 Februari 2009

Sepatutnya posting ini saya tulis pada tarikh yang tertera tetapi ketika tarikh ini saya berada di dalam keadaan yang tidak sihat. Tarikh ini adalah tarikh ulangtahun kelahiran ibu saya. Seolah-olah saya tahu akan tahap kesihatan saya yang tidak berapa baik ketika tarikh ini mendatang, saya telah bawa mak saya keluar makan dan belikan apa yang dia suka sebagai hadiah ulangtahun kelahirannya beberapa hari sebelum tarikh tersebut. Saya juga telah poskan sekeping kad kepada mak beberapa hari sebelum itu. Saya pasti semua orang akan mengatakan mak mereka adalah mak yang terbaik. Ya, saya setuju. Mak kita adalah mak yang terbaik di dalam dunia ini yang tidak boleh dibandingkan dengan sesiapa pun. Jika diikutkan banyaknya pengorbanan mak, tidak terhitung dengan jari. Mengenangkan pengorbanan mak membuatkan air mata saya bergenang. Sungguh tidak terbalas.

Selamat ulangtahun kelahiran mak. Kakak sayang mak.

15 Februari 2009

Ini juga. Sepatutnya saya menulis posting ini pada tarikh tertera tetapi dengan alasan yang sama, saya tidak dapat melakukannya. Selamat ulangtahun kelahiran untuk sahabat saya, Reta. Dia agak lambat untuk saya menganggapnya sahabat berbanding McNa. Saya tidak ingat bila saya mula rapat dengannya. Semasa kami di matrikulasi, Reta adalah assistant class representative. Entah siapa yang pilih dia. Tapi disebabkan tiada siapa yang sanggup pikul tugas tak penting tu, kami setuju saja (Hahahaha....jangan marah Reta. Terkutuk sikit je. Aku tahu kau tengah baca).

Di dalam kelas, ketika subjek Organisational Behaviour dan Office Administration and Management, dia duduk di belakang saya. Saya tidak tahu dia selalu perhatikan saya sehinggakan satu hari dia cakap dengan saya: "Aku nak pinjam nota kau. Aku nak tengok apa kau tulis. Kau tunduk dan diam je dalam kelas tak bergerak-gerak. Mesti nota kau banyak". Hahahaha.....tunduk dan diam tu sebab bosan. Bukan subjek yang bosan tapi pensyarah ok. Seingat saya nota saya cuma dalam buku nota separuh kertas A4. Senang nak bawa ke mana-mana. Tak perlu ruang yang luas untuk simpan di dalam beg. Saya catit nota selagi terdaya mengikut apa yang pensyarah saya bebelkan. Pssstttt....sebenarnya saya ni pemalu. Itu yang "keras" tak bergerak-gerak dalam kelas tu LOL. Saya rasa bermula dari kelas inilah saya mula rapat dengan dia. Pergi makan bersama. Pergi solat bersama. Kalau dia stayback, kami ke perpustakaan bersama dan duduk di meja yang sama. Ketika ini McNa sudah tidak ada kelas yang sama subjek dengan saya tetapi tidak bermakna saya tidak berjumpa dengan dia. Sesekali saya akan ke hostel mereka. Tidak semudah itu untuk saya menganggap Reta sebagai sahabat saya. Seperti juga McNa, dia perlu melalui beberapa saringan tanpa pengetahuan dia. Akhirnya, dia lulus walaupun kurang cemerlang (kutuk lagi). Dia pernah berkata pada saya: "Aku suka bersembang dan bercerita dengan kau sebab kau nampak macam kakak-kakak". Terharu juga dengar. Padahal dia tua 6 bulan dari saya (6 bulan je. Bukan 6 tahun hehehe. Ta, kakak-kakak tu maksudnya tua atau matang? Cissss....).

Selamat ulangtahun kelahiran Reta. Semoga persahabatan ini kekal sehingga ke akhir hayat, insyaAllah. Kau tak akan pernah tahu betapa aku sayangkan kau sebab aku tidak pernah cakap pada sesiapa.

3 comments:

Lan Bingka said...

waa...ada saringan ye..

a.b geldofg said...

slamat utk smua

Anonymous said...

emblem of purity...
rupanya masih study ke?
mana gambar?
tak pernah tau sape emblem ni sebenarnya...
sapa ek?