Monday, 2 February 2009

Magie Noire

Sejak saya masuk kelas itu, saya tidak pernah nampak dia. Kali ke-3 saya masuk ke kelas itu baru saya tahu kewujudannya. Dia nampak aktif dan agresif. Tidak kisahlah. Itu lebih baik daripada menjadi pasif macam saya.

Kelas minggu lepas benar-benar mengganggu deria hidu saya. Saya hilang fokus dan tumpuan di dalam kelas semata-mata kerana dia memakai wangian yang saya cari-cari selama ini. Saya tidak tahu nama wangian itu. Selama lebih 5 tahun saya mencari nama wangian itu tetapi gagal. Saya mula menyukai wangian itu ketika saya masih berada di universiti. Wangian itu dipakai oleh pensyarah saya. Adalah sesuatu yang tidak bijak jika saya pergi berjumpa dengan pensyarah saya semata-mata untuk bertanyakan nama wangian itu. Sejak itu, saya mula mencari nama wangian itu melalui kawan-kawan yang gilakan wangian tetapi semuanya negatif. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya tidak akan ke setiap kaunter perfume untuk menghidu setiap wangian kerana wangian yang ada di dunia ini terlalu banyak. Terlalu banyak menghidu wangian menyebabkan bau wangian yang kita hidu selepasnya akan menjadi lebih kurang sama untuk semua wangian. Itu sebabnya kita diberi menghidu biji kopi oleh jurujual di kaunter wangian untuk meneutralkan deria hidu kita jika kita hendak cuba menghidu bau wangian yang lain.

Saya mula berfikir-fikir bagaimana saya mahu mengetahui nama dan jenama wangian itu yang dipakainya. Saya mula berfikir-fikir untuk bertanyakan kakak itu selepas kelas nanti. Ini sahaja peluang saya. Saya tidak akan lepaskan. Saya mesti tebalkan muka. Memang kronik saya. Kalau saya tidak tanya, saya bimbang kakak itu pun tidak pasti wangian yang mana satu sebab kakak itu memakai beberapa jenis wangian mengikut pengamatan hidung saya.

Selepas kelas tamat, dengan hati yang berkobar-kobar (dibaca: berdebar-debar), saya beranikan diri menegur kakak itu untuk bertanyakan nama dan jenama wangian yang dia guna. Walaupun ia hanya Eau de Toilette, tapi hati saya puas sekurang-kurang saya sudah tahu nama wangian itu.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(Dibaca: Mejinoa)


10 comments:

a.b geldofg said...

wak2 ko ni ...mcm iklan je

Anonymous said...

erm
pj pun tercari² sampai sekarang satu wangian yang pj suka...
dah lebih 5 tahun
tapi tak jumpa² jugak
peliknya, pj tanya tuan punya wangian tu, dia pun dah tak ingat jenama apa...
memang susah jumpa kat pasaran dia kata...

kini...
hampir 6 tahun berlalu...
pencarian pj menemui jalan buntu
sedih tak terkata
mogok pun ada
sampai sekarang pj tak suka pakai wangian, sbb apa yang pj cari tak jumpa...
namun, baunya tetap kekal sampai la ni pj ingat...
pernah satu hari, masa solat jumaat kat masjid wilayah...pj terbau seakan² wangian tu yg dah lama pj cari...
pj cari sumber dari mana dtgnya...tapi tak jumpa sbb org dah nak sembahyang time tu...
so, sampai la ni pj masih mengidam...
beratus $ habis pun takpa...
janji dapat apa yg pj cari selama ni
sesungguhnya...
penantian suatu penyiksaan

p/s: err...sori yer komen panjang lak...sbb...sedih

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

alhamdulillah..dpt jgk akka tau kan nama perfume tu..mesti rs puas..dan berbaloi..

Lan Bingka said...

mesti kembang kempis hidung dia masa dalam kelas..haha

Unknown said...

uik...
mcm kenal je minyak wangi tu..huhu..
yus pun ada satu rasanya..beli dkt the curve, cuma x tahu nama..tp dar PV collection.. sedap bau nyee...
smp skg pkai lg sbb bau dia smooth n menarik..
hehe..tp pkai minyak attar pun sodap jgk..hehehehe

eL said...

Ab: Muahahaha...macam iklan ke?

eL said...

PJ: Ayooo...betapa sengsaranya sebab apa yang PJ rasa saya pernah rasa sebelum ni. Jangan sedih ek sebab Tuhan taknak PJ berhabis beratus ringgit untuk satu perfume je sebab PJ ada benda lain lagi yang PJ perlu beli. Contohnya, errrr...tiket bas balik kampung misalnya :D

eL said...

Warda: Penantian sudah berakhir *wink*

eL said...

Lan: Alaaa...macam mana tau ni hehehehe.

eL said...

Yus: Minyak attar yang ada kat Malaysia ni original punya ke?