Dengan izin.
Salam diari.
Dah lama tak hujan. Hari ni hujan pagi pulak. Aku bangun jam 6:00 a.m. hujan dah turun. Jam 7:00 a.m. dah berhenti. Hampir jam 7:30 a.m. hujan semula. Pak Teh kata nak ambik aku jam 7:30 a.m. tapi dia datang awal 15 minit. Nasib baik aku bersiap awal. Aku dah boleh agak dah dia ni.
Kami sarapan di Paya D'Serai (sori, sekali lagi aku lousy. aku tak sure nama restoran tu. aku rasa nama dia camtu lah. yang bersebelahan dengan Petronas kat lebuhraya Karak tu). Sarapan kat situ, aku segan pun ada sebab orang sume pandang-pandang kami. Agaknya diorg mesti ingat aku ni isteri muda pada lelaki yang berjalan depan aku ni (dibaca: Pak Teh). Nak-nak pulak masa tu Pak Teh pakai kopiah dan aku pakai jubah hehehe. Lantak lah.
Aku dah tau dah nama R&R tempat aku berenti solat minggu lepas. R&R Lanchang. Kali ni aku tak lousy ok. Kali ni kami tak terus ke rumah Mak Andak. Tapi terus ke rumah Pak Cek sebab Mak Andak takde kat rumah. Dia ada mesyuarat PIBG. Sampai rumah Pak Cek, aku terasa sangat rumah tu sunyi. Aku terasa sangat rumah tu hambar. Dulu rumah tu ceria. "Dulu" tu bukannya berpuluh tahun dulu. Setahun yang lepas je. Tapi hati aku puas. Rumah tu la rumah pusaka yang aku pernah cite dulu. Akhirnya dapat jugak aku melangkah ke rumah tu. Allah telah menjawab doa aku. Alhamdulillah.
Aku melangkah rumah tu dengan salam. Sunyi macam takde orang. Memang takde orang pun. Cuma Pak Cek & Mak Cek je tinggal situ. Diorang belum ada anak. Aku terus masuk ke bilik arwah Wan. Tujuan aku, aku nak ambik beberapa helai baju arwah dan bantal tido arwah untuk aku bawak balik KL. Aku rindu. Aku teramat rindu kat arwah.
Aku ambik peluang jadi seorang yang sangat-sangat hipokrit bila bersembang dengan Mak Cek. Dengan mulut aku yang laser ni, aku asak dia dengan soalan yang tak bertapis bertubi-tubi. Of course la aku mengharapkan dia jawab dengan jujur. Tapi aku dapat kesan, ada yang tak beres dalam sebahagian ayat-ayatnya. Jahat betul aku kan. Mak Cek cakap dia suka bersembang. So, aku uji la sikit. Aku pot pet pot pet. Aku nak tengok sejauh mana dia tahan. Kata suka bersembang kan hahahaha. Memang aku jahat buat mak sedara aku camtu walaupun dia sebaya dengan aku. Aku bukan saje-saje buat camtu. Aku buat camtu lepas aku dah dengar banyak sangat yang tak beres tentang dia. Salah satunya dia telah lukakan hati mak dan abah aku. Tu yang aku tak boleh terima. So, she got a wrong person ok. Don't mess with me.
Lepas dah puas jadi budak jahat, aku turun ke tanah. Niat aku apa tau. Nak kait buah ciku yang melebat kat depan rumah. Pak Teh dah pesan tadi, sebelum dia pergi memancing, suruh kait. Katanya rendam dalam air, pastu guna sabut kelapa untuk bersihkan kulit buah ciku tu. Pastu dia pesan lagi, masa kait tu kena hati-hati. Jangan sampai buah ciku tu jatuh kuat-kuat ke tanah. Kalau tak nanti, buah ciku tu merajuk nak ranumkan diri. Nampak macam senang je keje tu kan. Tapi keje yang buat aku nak nangis bila aku la manusia yang kena kait buah ciku tu. Adoiii laaaa....sejak aku kecik, kalau aku nak makan buah ciku tu, aku tak penah kait sendiri. Mesti ada orang tolong kaitkan untuk aku. Kali ni aku kena kait sendiri(!). Dan yang buat aku nak nangis tu sebab aku tak reti guna pengait tu. Tau je lah pengait yang orang kampung guna. Kat hujung pengait tu ada botol yang dah dipotong separuh supaya buah yang kita kait tu, masuk dalam botol tu, so takde la buah tu jatuh bedebuk ke tanah. Tak 'luka' la buah tu. Nampak senang tapi aduiii makkkk.....Sedang elok tengah kait, ujan pulak turun. Memang elok la tu. Takde sape la tau aku nangis tengah kait buah hahahahahaha. Yang paling best masa aku dah malas nak guna pengait, aku capai je dengan tangan aku. Nasib baik aku tinggi. Tapi ada malangnya 'mengait' cara tu. Getah buah ciku tu dah menitik kat tepi mata aku. Terus berat kelopak mata aku bila nak bukak. Hah sudah....abis la aku. Aku cepat-cepat gi basuh dengan air. Alhamdulilllah dah ok.
Bab nak bagi buah tu supaya jangan jatuh bedebuk pun satu hal. Dalam pada berhati-hati letak buah tu ke tanah, ada jugak tu yang jatuh bedebuk bergolek-golek. Bukan sebijik dua. Boleh dikatakan semua. Aku pun pujuk la buah-buah ciku tu supaya jangan la merajuk untuk meranumkan diri diorg nanti. Kalau tak, sia-sia la usaha aku mengait diorg. Aku dah la antu ciku.
Masuk bab mencuci. Jenuh aku cari sabut kelapa keliling rumah, tak jumpa. Kelapanya banyak la bersepah tapi macam mana pulak aku nak kupas kelapa tu nak ambik sabutnya. Aku takkan ambik parang untuk kupas kelapa tu sebab aku takut aku tersalah kupas, terkupas tangan aku plak kang. Teruk betul aku. Akhirnya aku guna kain tuala 'good morning'. Kain tu kesat, so elok sangat la aku guna. And the outcome was superb(!). Takyah guna sabut kelapa. Nasib baik aku tak guna mesin basuh. Baik toksah, kang kena pikir lak nak guna sabun apa. Sabun basuh ke, sabun mandi ke.
Lepas dah dapat ciku setengah plastik besar, aku tepon mak. Aku tanya dia cane nak peram buah ciku tu sebab ada yang belum masak. Sebenarnya aku nak mak aku offer diri peramkan untuk aku. Dah masak nanti nak suruh dia calling-calling, pastu suruh Pijal gi antar kat umah aku. Wahhh....bijak sungguh anak mak. Tu la mak...sape suh anta belajar tinggi-tinggi. Pastu mak tanya aku, cane aku petik buah ciku tu, panjat ke? Adehhh laaaa mak....mak kan tau anak mak ni feminin abis. Mati idup balik pun anak mak ni takkan panjat pokok tu sebab anak mak ni tak reti panjat pokok hahahahahaha!!!!
Diari, aku yang tulis ni pun nak tergelak. Till we meet again ok. Take care.

8 comments:
wah!!pnjgnye cite dia..leh wat buku ni...yus pun suka akn buah ciku..sdap..suka sgt...lg2 klu ltk dlm freeze..sejuk...sedap banget...
nk ikut kait ciku next time leh???
buah ciku boleh merajuk eh..
apasal tak boleh post kat sb err?
assalammualaikom emblem...
nak tanya emblem ni budak thn ka?
thnfm.net?
Yus: Tau tak, jari ni kalau dah menari tak reti nak berhenti. Tu pasal kadang-kadang penyudah cerita macam tergantung je. Eeeiii...awat la pi cerita ciku sejuk. Ni yang tak sabar nak minta tolong mak peramkan ciku ni. Kalau Yus ikut kait ciku, nampaknya memang sengaja nak menangis dalam hujan la ni. Best ni dapat dera Yus hahahaha!!! Gile kejam.
Lan: Hehehe...boleh. Ciku pun ada perasaan. Agaknya lah :-) Suka-suka saya je cakap macam tu :-) Mak saya cakap, dia kalau merajuk, dia tak masak. Dia jadi keras terus. Lagi satu, kalau kita tengah peram dia, jangan sibuk-sibuk kejap-kejap nak tengok dia dah masak ke belum. Alamatnya dia terbantut nak masak. Merajuklah tu konon-kononnya. Biar je dia 2, 3 hari. Nanti dia masak sendiri.
PJ: Apsal setiap kali PJ nak post tak boleh? Pelik jugak. Diorg yang post tu boleh pulak. Entah la SB tu. Kadang OK, kadang KO.
Wa'alaimussalam Incik Zamrie: Saya bukan budak thnfm.net. thnfm.net tu saya tak tau apa benda.
Post a Comment