Tuesday, 27 January 2009

Blog Kita

Tak pernah saya terfikir sehinggalah saya ternampak "recent updated blogs" bila saya log-in ke blog saya semalam. Baru saya tersedar, bukan saya seorang yang ada blog. Baru saya tersedar, blog yang ada bukan hanya dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Baru saya tersedar yang blog ini digunakan di seluruh dunia dengan menggunakan pelbagai bahasa.

Itu satu. Keduanya, setiap kali kita ziarah blog kawan-kawan kita yang selalu melawat blog kita, kalau bukan hari ini, mungkin esok lusa kita akan klik pada pautan-pautan yang ada dalam blog kawan-kawan kita yang kita tidak kenal sebenarnya. Pautan-pautan tersebut adalah blog-blog orang lain yang kita nak tau apa isinya. Bila kita ke bahagian komen, adakala kita terjumpa balik orang-orang yang pernah kita nampak di blog-blog lain. Betapa kecilnya dunia ni, kecil lagi dunia blog. Pusing-pusing, kita akan jumpa orang yang sama.

Ketiga. Semakin banyak blog yang kita ziarah, semakin banyak yang kita baca. Semakin banyak cerita-cerita atau gambar-gambar menarik dan kelakar yang kita jumpa. Bayangkan betapa banyaknya blog yang kita boleh baca. Dan semakin banyak juga masa yang kita gunakan untuk melayar internet dan singgah-menyinggah di blog-blog orang lain. Kita menjadi ralit.

Keempat. Kadang-kadang membaca blog orang lain memberi kita idea untuk berceloteh di blog sendiri. Ini amat berguna ketika kita benar-benar kekeringan idea untuk menulis. Adakala hari-hari yang kita lalui terlalu hambar dan ia langsung tidak membantu sebagai bahan untuk mengemaskini blog.

Kelima. Saya tidak menyangka ramai juga penulis blog dari kalangan kaum Adam. Kaum Adam tidak ramai yang endahkan benda-benda seperti ini. Menulis bukan passion mereka secara fitrahnya. Betulkan saya kalau saya salah. Tapi dengan
wujudnya blog, mereka ini tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Saya impress bila kesemua blog Adam yang saya kunjungi tidak menghampakan. Mereka 'bijak' menulis. Mungkin juga blog ini senang digunakan. Ia boleh digunakan kerana komputer selalunya ada depan mata. Berbeza dengan diari yang perlu kita beli seumpama buku dan kita simpan di dalam laci. Bila teringat baru kita buka dan kemaskini. Bila terlupa menyebabkan kita lemah semangat untuk mengemaskini diari. Diari tiada kesan interaktif. Sedangkan blog, kita berinteraksi dengan kawan-kawan yang menziarah blog kita di bahagian khas yang disediakan. Sekaligus, melebarkan circle of friends kita.

Keenam. Walau apa pun kebaikan dan keburukan blog, saya tetap mendapat manfaat daripada bacaan saya bila saya menziarahi blog-blog insan yang saya tidak kenali, walaupun blognya ditulis mengenai rutin harian. Terima kasih kepada anda semua. Saya hargai anda. Anda tahu siapa anda.

Untuk saya, saya seorang yang perahsia dan susah untuk meluahkan apa yang terpendam di dalam hati kepada insan yang bernama kawan-kawan. Blog adalah tempat terbaik untuk saya lepaskan semuanya. Saya susah nak berhenti andai saya sudah mula menulis. Saya suka menulis tetapi saya tidak cukup kreatif untuk menghasilkan cerpen atau novel. Pernah ada niat itu, tetapi saya tidak mempunyai keyakinan. Ketika saya berada di peringkat menengah, saya mempunyai diari setiap tahun. Diari mula saya lupakan ketika saya menginjak ke universiti. Keluar dari universiti, saya mengenali jurnal di internet. Saya pernah berniat untuk mencuba berjurnal tetapi ketika itu saya amat kolot. Saya beranggapan, jurnal bertindak sebagai diari. Diari sepatutnya adalah rahsia dan tiada siapa boleh tahu isi kandungannnya kecuali penulisnya sendiri. Jadi, apa rasionalnya saya mempunyai jurnal di internet yang berjuta-juta orang boleh access hal peribadi saya. Sudah tentu ia tidak menjadi rahsia lagi. Itu pemikiran cetek saya dulu. Rupanya-rupanya jurnal telah berkembang mejadi blog dan perkembangan ini membawa kepada satu perubahan besar di dalam alam persahabatan. Saya lupa yang saya mempunyai ramai kawan di luar sana yang belum saya kenal. Saya lupa mereka wujud. Saya lupa yang saya perlu meluaskan empayar persahabatan saya, bukan hanya dikelilingi oleh kawan-kawan yang sedia ada sahaja.

Tapi saya juga lupa, malah saya tidak tahu sejauh mana dan selama mana persahabatan di dalam dunia maya seperti blog ini akan berkekalan.

8 comments:

Lan Bingka said...

dulu minat baca blog orang je..

lama-lama rasa macam best jugak kalau ada blog sendiri..

tapi tulis diari memang tak minat la..

eL said...

Lan: tu lah...belum pernah lagi saya jumpa adam tulis diari. Saya mula tulis blog tahun 2003 tapi tak pernah jemput sesiapa baca walaupun tak adalah rahsia sangat. Tapi tahun 2004 blog tu memang bersawang. Tahun 2005 barulah sibuk nak bersihkan sawang. Tahun lepas 'pindah rumah baru'.

zamrie said...

emblem, assalammualaikom

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

mula2 dl kt saje2 je buat blog bl tgk org lain ad blog kt pn nk ada..tp biarkan mcmtu..tp bl dah sampi seru...tetibe je tgn&hati yg Allah bg begitu meminati dunia blog..drpd hanya 2 org sahabat..samapi la dh berorg2.alhamdulillah

Unknown said...

aiii...Tora dtg lg menjenguk ini blog..
wah!! smua nk cite pengalaman menulis ni..menarik deyh...!!! yus bermula sekadar suka2...tahu psl blog, tak minat nk lyn...tp minat menaip, tp x tahu nk mengarang, byk idea tp tak byk yg terkeluar..so..tiada apa2 rasia..rasianya..dtg la menjenguk ke rumah baru ku...aku mcm empunya ini rumah jgk..baru pas sapu sampah..sawang2pun dh hbs buang..Alhamdulillah..Dunia BAru ku..hehehe

p/s - jgn marah erk..suka mengomel kt blog org dr blog sndri..hehehe

eL said...

Zamrie: Wa'alaikumussalam Incik Zamrie. Terima kasih ye sudi jalan-jalan ke sini :-)

eL said...

Warda: Nanti tulis banyak-banyak lagi kat blog warda ye :-)

eL said...

Yus: Amboiii Mr Tora....datang bawak mainan apa pula kali ni hehehe. Ngomel la banyak mana pun Yus. Saya suka baca.