Dengan izin.
Salam diari.
Aku sungguh teruja cuti panjang kali ni. Sejak semlm lagi aku rasa happy je sebab ari ni aku nak balik kampung (Aisyah, saya dah selamat sampai hiksss). Aku buat keje pun laju dari biasa je smlm. Tapi selalu tu weekend panjang jugak, aku balik kampung jugak, tapi takdelah teruja sangat sampai macam ni. Bukannya ada apa dah kat kampung tu walaupun memang selalu aku balik Pahang, cumanya tak balik Kg Paya Kecik. Sejak Wan meninggal tahun lepas, rumah pusaka tu aku jarang jejak. Sebenarnya aku ikut je mana Pak Teh nak bawak aku. So, kalau dia tak jejak sana, aku pun tak jejak la jugak. Selalunya kalau balik pun skrg, aku mesti di bawak ke rumah Mak Andak. Rumah dia je lah yang paling dekat dgn Kg Paya Kecik tu sekarang. Eh jap....tapi sebelum sampai rumah Mak Andak, kan jumpa rumah Pak Anjang dulu. Ermmm....tak payah serabutkan gelombang gamma nak pikir. Sebabnya, Pak Anjang bukan selalu ada kat rumah. Yang ada Mak Anjang dan anak-anak. Mak Anjang tu adik ipar Pak Teh. Of course la Pak Teh lebih selesa pegi rumah Mak Andak, adik dia sendiri.
Aku tak puas ati bila rumah pusaka tu seolah-olah mcm dah jadi milik org lain menyebabkan adik-beradik abah ni dah jarang nak jejak kaki ke sana. Puncanya diorg tak restu sangat masa Pak Cek pilih Mak Cek jadi suri dia. So, dengan kami-kami (cucu-cucu arwah) sekalilah yg jadi mangsa. Padahal rindunya la dengan rumah pusaka tu. Ye lah...rumah tu byk kenangan. Apa yang arwah Aki & arwah Wan tinggalkan, semuanya still ada kat situ. Aduhhh....pantang sungguh aku teringatkan 2 org hamba Allah ni. Mesti air mata aku mengalir. Diari, maaflah....aku sebak. Aku berhenti dulu ye. Nanti aku dah reda, aku sambung.
Salam diari.
Kalau nak ikutkan, boleh je nak balik sana sebab tuan rumah tu skrg adalah ayah saudara kandung aku, Pak Cek. Mak Cek tak boleh kata apa. Tapi disebabkan keadaan diorg berdua tu menyebabkan adik-adik abah ni cuma balik sana bila hari raya je. Tahun lepas adalah tahun pertama raya tanpa Wan. Masing-masing dah berpakat balik sana hari raya kedua. Apa yg ada hari raya kedua? Dah hampir setahun Wan takde, baru aku paham nape diorg jarang jejak ke sana. Rumah tu sebesar-besar alam. Diorg duduk berdua je. Aku sgt sayang rumah tu. Aku tak rasa org luar akan jaga dgn baik rumah tu mcm kitorg jaga. Tapi aku berdoalah supaya Mak Cek buat tu mcm rumah dia sendiri (maksud aku, jaga elok-elok. nak ikutkan buat mcm rumah sendiri, dah mmg aku nampak dia buat mcm rumah sendiri dah sbb aku dpt tau kadang-kadang family members dia berkampung kat rumah tu. bila dah berkampung, mesti la kami segan nak balik mcm selalu).
ku rasa yg buat aku teruja ialah perjalanan yg jauh & pemandangan di sepanjang perjalanan tu kot. Aku suka berjalan jauh naik kete. Bila dah sampai, seronok jugak tapi tak seseronok masa dlm perjalanan tu. Kdg2 aku penah terpikir, satu ari nanti aku nak try jln2 dari perlis sampailah ke johor. Ko gelak ek diari. Possible tau.
Sepanjang perjalanan tadi takde apa yg menarik berlaku. Belum lagi aku nampak kete berjalan dgn tayar ke langit. Kami cuma singgah di R&R (aku kan memang lousy sket, nama R&R pun aku bukan perasan. asal bole solat sudah) utk solat Asar. Pak Teh singgah tepi jln utk beli ikan patin & kerai. Dia minat sungguh dgn ikan kerai (sori diari, aku lupa la nama biasa ikan ni. tadi Pak Teh ada sebut). Aku plak mmg hantu ikan patin. Dia beli utk masak tempoyak. Phewww!!! dia dah tau feveret aku. Aku kalau dgn ikan patin masak tempoyak ni, bukan setakat mak mertua lalu aku tak nampak, tapi aku lupa yg dia wujud hehehehe (parah betul mana-mana mak mertua yang dpt menantu mcm aku nanti). Pemandangan org menjual ikan-ikan sungai tu mendamaikan aku. Kat KL mana nak jumpa org jual ikan sungai tepi jln. Cuba jual tgk. Tak lama kena bungkus la. Bukan tak laku tapi kena kejar dgn DBKL(!).
Aku nak kuar, Aisyah tak kasi. Dia menyampah tengok semua org balik kampung. Aku ckp la, org ada kampung, balik la. Ada org tu, ada kampung pun tak balik. Tu lah...aku pelik la dgn Aisyah tu. Padahal cuti pjg. Dia bukan takde kete nak drive balik. Ala...kalau nak tu seribu daya. Tinggal la dia sorg kot kat rumah tu sbb aku org pertama kuar rumah tadi. Aku rasa Haiza pun balik kampung. Si Haiza tu kalau tak balik, dia bole demam. Kalau aku tak balik pun, aku tinggal sorg jugak kat rumah tu sbb Aisyah dia selamba je start kete ntah ke mana hala. So, apa bezanya kitorg ada ke tak. Dia tetap start kete gak.
Anyway Aishah, you have got everything under the sun kan. So, why worry we all ada ke tak. Wahhh....ayat sombong(!).
Ok diari, aku sambung lagi sembang next time ok.

No comments:
Post a Comment