Ketika sahabat saya, Zalina, menceritakan kisah ini di telefon, saya dan dia di pejabat masing-masing. Kalau bukan kerana di pejabat, saya rasa mungkin bergegar bumi ini dengan gelak kami ketika itu. Saya terpaksa kawal ketawa saya kerana ketika itu big boss dan immediate boss saya ada.
Kisah ini berlaku di pejabat sahabat saya. Syarikat dia hendak membeli sebuah periuk nasi untuk kegunaan para pekerja. Seorang akauntan diarahkan untuk mengendalikan pembelian sehinggalah kepada mengklasifikasikan periuk nasi di dalam akaun. Kebetulan, salah sebuah anak syarikat kepada syarikatnya terlebih dahulu membeli periuk nasi. Jadi, untuk mengelakkan daripada pening kepala memikirkan bagaimanakah accounting treatment di dalam akaun syarikat untuk sebuah periuk nasi, akauntan ini telah menelefon eksekutif akaun di anak syarikat tersebut. Kedua-duanya berbangsa Cina.
Akauntan: Last time you bought the rice cooker, you put under what ah?
Eksekutif Akaun: Under the table lorrr.........

No comments:
Post a Comment