Hari ini, 7:00 a.m.
Aishah: (sambil menjerit) Issss, baju apa saya nak pakai hari ni?
Saya: Haaa? Baju apa nak pakai? Punyalah banyak baju dalam lemari tu. Pakailah jaket kalau nak lain sikit.
Aishah: Jaket? (diam terus sebab dia dah hilang dalam bilik mandi).
Hari ini, 7:15 a.m.
Saya: Haiza tak kerja ke? (saya tegur sebab saya tengok dia masih pakai baju tidur & mengadap tv. selalunya dia yang keluar paling awal).
Haiza: Kerja. Eeeiii....pening la nak fikir nak pakai baju apa.
Saya: Haiii...korang ni kena sindrom apa tiba-tiba semua pening nak pakai baju apa. That's the sign for both of you to buy new clothes.
Haiza: Yeah, to replace the old ones (dia hilang dalam bilik).
Hari ini, 7:30 a.m.
Aishah: Cik, ok tak aku pakai baju ni?
Haiza: Ok lah tu. Kenapa?
Aishah: Baju ni lama aku tak pakai.
Haiza: Ok je. Ok lah, aku nak keluar dah. Bye Chik, bye Is.
Aishah & Saya: Bye
Aishah - seorang Pengurus Pemasaran dan Jenama di salah sebuah bank islam. Seorang yang bergaya. Punyalah banyak baju dia dalam lemari sampai tak muat saya tengok. Siap ada lagi 2 bakul kat luar lemari tu berisi pakaian. Macam tu dia kata tak tau nak pakai baju apa. Boleh dikatakan seorang yang kelam kabut terutama sekali waktu pagi ketika nak pergi kerja. Kadang-kadang dia boleh tertidur di katil selepas solat Subuh. Pernah suatu hari dia tersedar jam 8:00 a.m. sedangkan waktu masuk pejabat jam 8:45 a.m.
Haiza - seorang peguam di salah sebuah firma undang-undang di Damansara. Seorang yang sangat simple. Bersiap untuk pergi kerja dalam sekelip mata. Bersuara nyaring. Sekali dia mula bercakap, saya rasa ribut pun berhenti. Pernah Aishah cakap kat dia: "Eh Cik, bisinglah. Kau diam boleh tak?" Hahahaha!!! Kejam betul Aishah.
Saya sangat suka tinggal dengan diorang. Diorang happy-go-lucky. Baru saya terasa tinggal dengan teman serumah. Dulu, masa saya tinggal di Bangsar, terasa macam duduk di rumah tinggal.
Aishah, Haiza maaflah termengumpat kat sini *wink*
Tau tak akhirnya diorang pakai baju apa?
-
-
-
-
-
-
Baju yang tak payah gosok!

12 comments:
baju x payah gosok..??hahaha..
stylo gak klu pkai mcm tu..hehehe
nice fwens ma...suka y peguam tu..direct je sound org..leh jadi my PA ni..hehehe...
nice n3..suka baca..leh wat komik ni..huhu
itulah perempuan kan..pening nak pakai yg mana tp sebenarnya nak yg simple jer..hehee..
*solehah tak boleh hidup tanpa seterika*
kdg2 baju yg kita nak pakai tak jumpa plak.. entah mana letaknya..huh
Yus: selalunya baju yg tak payah gosok lah yg jadi pilihan hati terutama kalau nak cepat. Tapi ada alasan lain jugak.....MALAS!
Solehah: Haaa...perempuan mesti tau kerenah perempuan kan. Akak pun tak boleh hidup tanpa seterika dan elektrik. Pernah sekali teman kawan duduk kat Royale Bintang,soalan pertama akak kat dia,ada seterika tak?
Lan: 'entah mana letaknya' tu siapa yang letak? Haaa...ni mesti mak la yang lipat baju tu ahakss!
selalunya adik atau mak yg lipat, kdg2 saya pun lipat gak tau..;)
kenapa nak shout kat sb tak boleh ni....pelik...apa pun salam perkenalan mr yus...
Lan: 'kadang-kadang lipat' tu lipat yang hilang kot :-). Kena pakai alat pengesan ni.
Pj Selamba: saya pun tak tau kenapa shoutbox tu tak berfungsi. Mula-mula tak boleh. Lepas tu boleh. Ni tak boleh balik. Tak tau nak buat macam mana. Nak buang, tak adil rasanya pada dah shout kat situ. Shout kat sini je lah ye. Buat macam rumah sendiri :-)
hai EmblemOfPurity,
assalammualaikom... kawan dan baju hahahaha
kengkawan~
bersahabat itu hampir sama dengan berkahwin??? Cuma kawin perempuan dan lelaki itu adalah perkawinan badan dan roh sementara perkahwinan persahabatan itu perkahwinan roh dan fikiran.... tak begitu???
tak kot hehehehe
baju hujan....
Zamrie: Macam kita la ye. Kita adalah perkahwinan roh dan fikiran.
Post a Comment