Monday, 26 January 2009

Pemandu Teksi

Kalau saya naik teksi, sebolehnya saya taknak bersembang dengan pemandunya walaupun dia yang memulakan perbualan. Kalau saya balas pun sepatah-sepatah tanda saya tak berminat. Saya takut untuk peramah sangat. Tapi dalam tak peramah tu, ada juga beberapa kejadian yang agak menakutkan dan melucukan.

Kejadian 1
Ia berlaku ketika saya bekerja di sekitar Jalan Yap Kwan Seng. Saya lambat ke pejabat hari tu. Nak naik lrt, tentu saya bertambah lambat. Saya tahan teksi. Melalui jalan pintas, dari rumah saya ke Jalan Yap Kwan Seng memakan masa cuma 15 minit jika tiada kesesakan jalan raya. Pemandunya seorang pakcik tua yang berkopiah. Tiada sepatah perkataan pun semasa dalam perjalanan di antara kami berdua. Sampai di simpang Jalan Yap Kwang Seng, saya memberitahu dia di mana saya nak berhenti. Dia tak suruh saya ulang tapi semasa saya hendak membayar dia cakap kat saya, "cakap perlahan sangat" dengan nada marah. Yang saya hairan, kalau saya cakap perlahan, kenapa tak suruh saya ulang. Lagipun selama ni, suara yang serupa jugalah yang saya guna bila berkomunikasi dengan pemandu-pemandu teksi lain, kenapa tiba-tiba dengan dia, dia boleh kata suara saya perlahan dan marah saya? Bila saya nak turun saya tanya dia, "kenapa pakcik marah-marah saya? cakap elok-elok kan boleh". Saya terus keluar. Jahat betul mulut saya pergi menjawab kat pakcik tu. Dia boleh keluar dari teksi dan marah-marah saya semula dalam keadaan kesesakan jalan raya yang amat sangat di Jalan Yap Kwan Seng tu. Jalan tu pun mana pernah lengang kecuali hari cuti. Dalam hati saya, orang macam ni saya tak perlu layan. Berkopiah ok (maaf). Mungkin dia ada masalah dengan isteri dia di rumah agaknya.Tapi kalau ada masalah pun kenapa perlu bawa ke tempat kerja. Nasib baik dia orang tua. Sejak kejadian hari tu, saya seolah-olah serik dan kecewa.

Kejadian 2
Saya tahan teksi dari Carrefour Wangsa Maju hendak balik ke rumah. Pemandu teksi ni seorang pakcik tua juga. Tidak berapa lama saya berada di dalam perut teksi, pakcik ini membuka cerita tentang betapa susahnya pemandu teksi sekarang untuk mencari sesuap nasi. Saya bukan pemandu teksi. Haruslah saya tak tau sejauh mana kebenaran kata-kata pakcik tu. Saya tanya pakcik tu, betul ke. Sebab kalau kita tengok pemandu teksi di kawasan segitiga emas, bukan main memerah leher. Pakcik tu kata, betul. Satu hari dia hendak ke KFC di Carrefour Wangsa Maju. Di sana dia ternampak ada seorang budak kecil meminta KFC dari ayahnya. Ayahnya taknak beli dengan alasan ayahnya kena berjimat kerana ayahnya seorang pemandu teksi. Pakcik ni tadi pergi beli sekotak KFC dan bagi pada budak kecil tu tanpa pengetahuan ayahnya. Pakcik tu dapat rasakan betapa susahnya si ayah mencari rezeki dengan memandu teksi. Tapi kesian juga si anak yang tidak tahu apa-apa yang teringin nak makan KFC sekali-sekala.

Kejadian 3
Terlambat lagi ke pejabat. Saya menahan teksi. Pemandunya seorang lelaki tua berbangsa Cina. Sangat ramah. Saya cuma membalas apa yang perlu. Aduhhh....malasnya nak layan. Rancak dia bercerita tentang kehidupan peribadinya tiba-tiba dia dia tanya saya, nak tak saya seandainya seorang lelaki cina seperti dia menjadi pasangan hidup saya. Haaa???? Ulang lagi sekali??? Walaupun dia seorang yang saya belum pasti waras, saya masih perlu menghormati dia dengan jawapan negatif yang ada dalam kepala saya ni yang saya tak zahirkan. Saya masih ada rasa hormat. Saya diam. Saya tak jawab sepatah pun. Dia tanya lagi. Dia tak putus asa menagih jawapan dari saya. Saya diam. Saya ingat dia dah putus asa. Dia bertanya lagi sehingga pada satu tahap dia memegang lutut saya(!). Saya sangat takut dan berensot ke tepi tingkap. Melihatkan saya dalam keadaan takut, dia tak bersuara lagi sehinggalah saya sampai ke pejabat. Di telefon bimbit saya, saya dah siap-siap mendail nombor seorang kawan saya seorang anggota polis. Setiap kali saya naik teksi, saya akan ambil nombor teksi dan saya akan sms padanya. Saya katakan padanya, "Kalau kau sms aku esok, tak dapat jawapan, tolong cari aku sampai dapat".

Kejadian 4
Ini kejadian yang melucukan. Pemandu teksi ni seorang lelaki muda bertubuh kecil. Macam biasa, saya sangat malas melayan bila dia mula bertanya soalan sama ada saya pelajar UIA. Saya jawab bukan. Memang saya bukan pelajar UIA ketika itu. Dia kata cara saya pakai tudung macam pelajar UIA. Aiiii....pakai tudung biasa macam ni pun macam pelajar UIA ke? Kalau pakai tudung lilit-lilit sampai terbelit leher tu mungkin jugalah trademark pelajar UIA. Bila dia tahu saya bukan pelajar, dia mula bertanya di mana saya bekerja dan umur saya kerana dia berpendapat dah tentu umur saya juga bukanlah umur kebiasaannya seorang pelajar. Saya tidak terus menjawab. Dalam kepala hanya berdoa supaya jalan tidak sesak dan saya cepat sampai. Dia meneka umur saya dengan salah. Bila saya sebutkan umur saya yang sebenar, dia menekan brek dan hampir melanggar kereta di depan hehehehe. Dia terperanjat sebenarnya mendengar umur saya yang sebenar kerana dia telah mudakan saya 5 tahun dengan tekaannya jika hendak dibandingkan dengan umur saya yang sebenar. Perasan? Abaikan ok....hehehehe

Kejadian 5
Saya tergesa-gesa ke rumah seorang kawan di Seksyen 5 Wangsa Maju selepas saya mendapat sms dia di awal pagi. Kecemasan (Ja, next time don't do it again). Saya menahan teksi. Seorang pakcik tua juga pemandunya. Pakcik ni bertanya sama ada saya sudah berkahwin atau belum. Bila saya jawab belum, dia tanya saya sama ada dia berpeluang. Ya Allah...come on lah pakcik, saya emergency ni. Saya tak ada masa nak sembang pasal tu. Ayat ni cuma berada di dalam kepala saya hehehe. Pakcik ni tak putus asa. Dia tanya saya nak orang yang berumur berapa. Bila saya cakap maksimum 10 tahun lebih tua dari saya, dia terus cakap, "nampaknya pakcik tak berpeluang la". Pakcik, saya panggil pakcik pun "pakcik" tau. Sah-sah la pangkat ayah dengan saya. Dia cakap lagi, kalau dia tak berpeluang sekalipun, dia minta izin untuk carikan saya seseorang. Ya Allah...pakcik, tak cukup lagi ke kerja memandu teksi ni, pakcik buat part time job matchmaker pulak ke. Ayat ni pun cuma kata-kata saya dalam hati. Saya tak cakap kat pakcik tu pun hehehehe. Terus-terang saya tak suka situasi tu. Ia hanya membuat saya rasa takut walaupun mereka tiada niat jahat.

Saya serik? Serik juga tapi saya tiada pilihan. Ada pengalaman-pengalaman macam ni?

4 comments:

Anonymous said...

sedih kalau dengar cerita si anak mintak apa² tapi si ayah tak dapat belikan sebab tak mampu...

eL said...

PJ: memang sedih. terkedu lepas dengar pakcik tu cerita.

Lan Bingka said...

saya pun ada orang mudakan 5 tahun..huahua

eL said...

Lan: kembang semangkuk tak? ahaksss....rasa nak belanja diorang tu makan aiskrim je kan bila diorang cakap macam tu.