Saturday, 17 January 2009

Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains

Saya baru habis baca buku Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains. Buku ini adalah hasil kajian saintifik 3 orang penyelidik atau pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya iaitu:

1. Fatimah Ibrahim

2. Wan Abu Bakar Wan Abas

3. Ng Siew Cheok

Lahirnya buku ini adalah cetusan idea Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di mana Jabatan Perdana Menteri telah memberikan bantuan kewangan bagi membiayai penyelidikan ini.

Buku ini berkaitan dengan penyelidikan saintifik terhadap pelbagai aspek fizikal dan mental yang berkaitan dengan solat. Objektif kajian adalah untuk menentukan kesan pergerakan solat terhadap keadaan fizikal dan mental pengamalnya termasuk kesannya terhadap komposisi badan, sistem kardiovaskular, sakit pinggang, isyarat otak, aktiviti otot dan disfungsi ereksi.

Saya pernah dapat email dalam bentuk artikel yang diadaptasi dari sebuah akhbar harian berkenaan dengan hasil kajian ini. Saya tidak menyangka buku yang pensyarah saya war-warkan minggu lepas adalah buku hasil dari kajian ini. Saya tidak melepaskan peluang memilikinya. Ternyata setiap pergerakan kita di dalam solat ada kaitannya dengan kesihatan seiring dengan zikir yang kita baca ketika duduk di antara dua sujud.

Buku ini juga menceritakan bagaimana rukuk dapat merawat sakit pinggang. Di antara setiap posisi solat, kadar denyutan jantung adalah paling rendah semasa sujud. Kedudukan kepala juga lebih rendah daripada jantung. Maka jantung tidak perlu bekerja keras untuk mengepam darah ke bahagian kepala kerana aliran darah dipengaruhi oleh daya tarikan graviti semulajadi. Buku ini juga menyimpulkan Solat + Berpuasa = Senaman + Diet.

Saya sedang mengulangi bacaan saya. Belum pernah saya baca satu-satu buku itu berulang. Bacaan pertama, saya cuba mendapatkan idea kajian tersebut. Bacaan kali kedua ini adalah untuk saya memahami lebih mendalam setiap hasil kajian kerana orang yang bukan berlatarbelakangkan kejuruteraan seperti saya, kurang memahami perkataan-perkataan teknikal dan graf-graf yang ada dalam buku ini.

4 comments:

a.b geldofg said...

menarik

Unknown said...

Tertarik menarik ko memng the BOOm..hehhee..

eL said...

Ab: menarik saja ye.

eL said...

Yus: apa yang boom tu?