Friday, 23 January 2009

Encik, Saya Nak Order

Tiba-tiba saya teringatkan kisah ini yang berlaku hujung tahun lepas. Rumah sahabat saya, Zalina di Bukit Mas, Melawati. Saya menziarahinya selepas dia berpantang melahirkan Iman Harissa. Kebetulan saya datang melawat hari minggu. Selalunya hari minggu begitu dia tidak rajin memasak. Dia cadangkan kami memesan McDonald. Dia ke meja telefon.

Saya: Yang kau terus je pergi kat telefon tu, kau dah ada ke nombor telefon McDonald tu?
Dia: Ni aku nak dail operator telekom la ni, nak tanya.

Semasa dia sedang mendail nombor operator dan sementara menunggu talian bersambung, kami terus bersembang. Tiba-tiba.....

Dia: Hello. Encik, saya nak order.
Operator Telekom: Nak order apa?
Dia: Ehhh? Sorry encik. Saya nak nombor telefon McDonald delivery.
-
-
-
-
-
-
-
Telefon operator Telekom boleh pesan McDonald ke? Hahahahahaha!!!!!


2 comments:

Lan Bingka said...

boleh order..tapi hantar kat saya..;)

eL said...

hehehe....operator telekom pun nak makan McDonald jugak ye.