- Duan "menampakkan" bosannya: "Kak, biarlah dia pergi sendiri".
- Hafidzal mengadu: "Ada ke Kak Ija cakap macam tu, kak?".
- Fakhrul melepaskan rasa tidak puas hati: "Dia ada ke tak ada ke kak, sama je adik tengok".
Persoalannya apakah pendekatan saya untuk menjadikan dia sangat-sangat disenangi semula oleh abang dan adik-adiknya sendiri. Kekerasan bukan cara saya. Saya sendiri nampak bagaimana kekerasan tidak mendatangkan apa-apa penyelesaian. Hanya menjadikan dia bertambah memberontak. Pendekatan secara arahan juga tidak menjadi. Itu hanya akan menjadikan dia seorang yang membantu tetapi tidak ikhlas. Cara ini juga menjadikan dia seorang yang perusuh di dalam hati, di dalam sms dan di dalam rumah. Kesemua cara ini, saya kira menjadikan dia hilang rasa hormat secara senyap.
Cara yang paling sesuai untuk orang macam dia adalah dengan cara berlembut, berhemah dan psikologi berbalik (reverse psychology). Ternyata cara ini mampu membuatkan airmatanya bergenang. Itu sudah cukup baik untuk seorang yang keras hati macam dia! Saya cuba susun ayat secara psikologi berbalik tentang kelangsungan hidup. Ini kerana alasan yang diberi kepada saya bila saya bertanya kenapa dan kenapa, jawapannya ada berkaitan dengan kelangsungan hidup. Kita tidak perlu menunggu sehingga kita betul-betul stabil untuk melakukan tanggungjawab yang sepatutnya sebab kita tidak tahu selama mana hayat kita. Setiap orang berbeza cara meneruskan kehidupan. Ketika melalui fasa yang tidak berpenghujung ini, kita pasti melalui jalan-jalan sempit. Jangan jadikan jalan-jalan sempit itu sebagai alasan hingga menyebabkan orang-orang di sekeliling kita menjadi mangsa.
Hari ini, 4 Januari 2009, jam 8:50 a.m. dia berlepas ke Sarawak (Kanowit lebih tepatnya), demi meneruskan kerjaya yang dipilihnya di sana. Tidak tahu berapa lama pula dia akan mengajar di sana. Dia menangis di saat dia memeluk saya dan mak sebelum dia berlepas tadi (sebenarnya penulis yang menangis beria-ia). Terpisah kami sekali lagi. Dalam banyak-banyak adik-adik saya, dia yang paling kerap berjauhan dengan keluarga.
- Ijazahnya di UiTM Shah Alam dan menyewa di sana;
- Kursus Perguruan Lepas Ijazahnya di Institut Perguruan Kuala Terengganu, Terengganu; dan
- Mengajarnya dia Kanowit, Sarawak.
Saya puas kerana sms saya kepadanya mampu mengalirkan airmata kesedarannya sebelum dia pergi. Saya mahu dia tahu yang keluarga adalah segala-galanya. Saya mahu dia tahu, andai dia berada "di jalan mati" ketika melalui fasa kehidupan ini, dia masih ada keluarga untuk dia pulang. Keluarga adalah satu-satunya institusi yang menerima kita walau dalam apa keadaan sekalipun.
Enja, maaflah - Kakak "ter"mengata sikit kat sini (tak sengaja ok). Semoga di sana memberikan secebis pengajaran hidup yang lebih bermakna, yang membuatkan kita menghargai apa yang kita ada walapun sikit.
Enja, if you ask Kakak whether I love you or otherwise, my answer is: AGAINST ALL ODDS!

2 comments:
dlm adik-beradik, selalunya memang ada sorang yg lain sikit dpd yg lain..:)
tu lah dia. pernah tak dengar ada saying: dalam setandan kelapa, mesti ada yang komeng.
Post a Comment