Saturday, 7 February 2009

Sembang Dengan Diari 3

Dengan izin.

Salam diari.

Ketika Kak Ina menghantar sms kat aku bertanyakan kalau ada kawan-kawan yang nak cari keje (dalam bidang aku yang aku buat sekarang), aku terfikir kat mana pulak aku nak cari kawan-kawan aku ni sebab kawan-kawan aku semua dah stabil. Kak Ina kata ada vacancy kat sebuah investment bank. Aku penah tefikir kenapa tak aku je yang apply. Masalah dia, kalau aku apply, siapa pulak yang nak ganti tempat aku sekarang. Kalau aku bagi kat McNa untuk ganti tempat aku sekarang, belum tentu bos aku setuju. Akhirnya aku suruh McNa apply vacancy tu. Dalam erti kata lain, aku paksa McNa apply. Sampai bila dia nak keje kat tempat yang selalu seksa dia tu. Lagipun dah sampai masa dia untuk berhijrah. Ke tempat yang lebih secure dan lebih besar. Lagipun dah 2 kali dia terbantut yang cari keje disebabkan dia mengandung anak ke-2 dan ke-3. Kali ni aku paksa dia. Aku cakap kat dia, kalau dia tak apply, aku yang apply. Dia akan duduk kat company yang seksa dia tu sampai pencen.

Dia beranikan diri untuk apply. Entah apa yang dia takut, aku tak tau. Aku pun penakut jugak tapi nak maju ke depan punya pasal, kena berani (mesti la maju ke depan kan. ada ke maju ke belakang? ngeee....)

Lepas je dia interview, dia sms aku mengatakan dia berjaya. Siap cakap sebab aku la dia dapat keje tu. Aku terus cakap kat dia, bole tak dia jangan cakap aku yang menyebabkan dia dapat keje tu. Aku cakap, tu semua datang dari Allah. Baru dia tersedar. Baru dia cakap, ye la datang dari Allah tapi aku sebagai pengantaranya. Haaa...kalau cakap camtu at least aku bole terima.

Aku sebenarnya dah dapat agak dia mesti akan dapat keje tu. Tu pasal aku tak persiapkan dia sangat. Selalunya sebelum dia pegi interview, aku akan bagi dia tips sikit-sikit. Aku suruh dia tengok website company yang dia nak apply tu. Tu pun kalau company tu ada website. Tapi kali ni aku biarkan je dia. Dia tepon tanya tips pun aku cuma cakap, alah....aku dah tak payah ajar. Aku tau dia dah tau apa patut dia buat. Aku rasa ni jugak rezeki anak ke-3 dia, Iman Harissa.

McNa penah cakap kat aku, kalau dia dapat keje tu dia nak belanja aku. Dengan penuh semangat aku cakap kat dia, kalau setakat kat restoran mamak tu bukan belanja namanya. At least hi-tea kat Hotel Istana. Gile high taste aku hahahaha!!!! Dia kata ok. Bila dia betul-betul dapat keje tu, dia offer aku Shangri-La. Aku siap tanya dengan Abg Jaafar, driver Mr Wynter, kat mana hi-tea yang best. Abg Jaafar cakap, Equatorial & Park Royal. Aku tak tau betul ke tak. Kalau tak sedap, orang pertama aku sembelih Abg Jaafar la. Tiba-tiba McNa cakap kita pegi Park Royal je la. Aku sebenarnya main-main je offer dia hi-tea tu. Aku cakap kat dia aku main-main. Aku taknak dia membazir duit untuk benda yang remeh-temeh. Dia tak belanja aku hi-tea pun aku tetap anggap dia best friend aku. Lagipun aku tak perlukan balasan untuk semua ni. Aku cuma nak bantu dia untuk dia dapatkan pengalaman keje yang dah lama aku rasa sebelum ni.

Tapi McNa berkeras jugak. Dia dah mintak izin dengan husband dia pun. Aduhhh...aku main-main je la McNa weiii!!!

Diari, aku pen-off dulu. Ilalliqoq.

8 comments:

a.b geldofg said...

skali2 apa salahnya...selalu2 pun ok juga hahahaa

Unknown said...

mkanan hotel x best la awk..tp klu nk merasa akn keselesaan tu mmg ok la sgt, why not mkn restoran yg mkn dia lbh sedap dr hotel..
just pendapat...but..ok gk org nk lanjer..klu join leh???

eL said...

Ab: muahahaha...keluar tanduk ko ye...

eL said...

Yus: Alaahhh Yus...restoran apa tu? Bagitahu lah. Kami tengah fikir nak cancel hotel ni. Kalau Yus bagitahu, bukan setakat boleh join, Yus siap kena belanja kami lagi hahahaha!!!!

Teo Wei Sing said...

Hi, El.

Terima kasih kerana sudi mengikuti perkembangan blog saya, saya cukup berbesar hati. Salam perkenalan !!

eL said...

Hi Teo. Terima kasih kerana sudi berziarah ke sini :-)

Teo Wei Sing said...

Sama-sama...semua buku itu sudah ada di pasaran, anda bisa cuba mendapatkannya. thanks anyway...sokonglah member, hidupkan perjuangan walaupun melalui ungkapan indah, tidak perlu bersenjata...

eL said...

Teo: Saya pasti dapatkannya.